September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

5 Soalan dan Jawapan kepada Persekolahan Kanak Kanak Berkeperluan Khas: Panduan Bagi Ibu Bapa versi realistik

15 Nov 2019



1. Program dan Sekolah Pendidikan khas di Malaysia : Yang mana sesuai untuk anak saya?
Ada 3 jenis, Sekolah Pendidikan Khas (SPK). Ada di setiap negeri. Boleh memohon di melalui JPN. Tiada murid aliran perdana di sini.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Ada di sekolah kebangsaan terpilih. Segregation method. Murid tidak bercampur dengan murid aliran perdana. Waktu rehat berasingan. Guru juga berasingan. Kurikulum juga berasingan. For the time being. 😊

Program Pendidikan Inklusif (PPI). Ada di semua sekolah. Inclusion method. Berbeza-beza approach mengikut fahaman pengetua guru besar (PGB). Berkait rapat dengan peranan guru pendamping dalam kalangan guru pendidikan khas. Target KPM untuk capai 75% murid khas dalam kelas inklusif. Malaysia masih terkebelakang dalam PPI kerana pelbagai faktor yang harus ditangani bersama. Paling penting minda kelas pertama perlu ada untuk buang persepsi murid khas hanya di kelas khas.

2. Kad OKU : Perlu atau tidak?

Perlu jika mahu benefit daripada agensi kerajaan.
Especially dapat duit RM150 sebulan sehingga tamat persekolahan.
Kalau ada kad OKU pun bukan perlu tunjuk kat semua orang. Hanya guna bila perlu. Apply jangan tak apply.

Ya, Walaupun anda ibu bapa kaya raya yang tidak mengharapkan bantuan kerajaan yang hanya RM150 sebulan itu.

Yang tak mahu apply bukan apa, segalanya adalah untuk lari daripada tanggapan negatif masyarakat jika ada kad OKU. Ini mindset yang perlu diubah.

Tapi tidak bermakna tiada kad OKU tak boleh ke program pendidikan khas. Asalkan ada diagnosis yang jitu.

3. Peperiksaan Untuk Anak Saya : Bagaimana Menduduki Peperiksaan Jika Anak Saya Ada Masalah?
Boleh menduduki peperiksaan tiada masalah .

Lembaga Peperiksaan sangat flexible jika murid ada diagnosis. Rujuk Setiausaha Peperiksaan di sekolah anak anda.

Banyak kemudahan boleh dapat termasuk masa tambahan, penggunaan komputer semasa menjawab dan lain-lain lagi. Perlu mengikut diagnosis. Kemudahan berbeza mengikut diagnosis.

Perlu rujuk orang yang tepat di Lembaga Peperiksaan. Perkara ini perlu dapat kerjasama guru dan pihak sekolah.

4. Anak Saya Ada Masalah : Bolehkah anak saya belajar bersama murid lain di aliran perdana?

Boleh. Tiada masalah. Cuma perlu fikirkan beberapa perkara.

Pertama, ratio guru kepada murid dalam kelasnya sekarang.

Kedua, kebarangkalian dibuli dalam kalangan rakan-rakan dalam kelas.

Ketiga, penerimaan guru aliran perdana terhadap masalah anak anda dalam kelas.

Keempat, adaptasi anak anda dalam persekitaran kelas sedia ada.

Jika sesuai, tiada masalah dan teruskanlah berada di aliran perdana. Kita ke arah masyarakat inklusif.

5. Anak saya belum bersedia ke sekolah : Bolehkah saya menangguhkan persekolahan anak saya?

Boleh. Ibu bapa perlu dan wajib mengisi borang penangguhan persekolahan di Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran. Kenapa perlu isi borang ini? Kerana umur 7 hingga 12 tahun adalah wajib ke sekolah, jika tidak pergi ke sekolah, di mana mereka? Data sebegini yang pihak KPM perlu kutip. Jika tidak, ibu bapa boleh disaman kerana membiarkan anak mereka tidak bersekolah tanpa kebenaran KPM.

Jika mahu homeschooling juga, perlu mendaftar di PPD. Again, kerana reason yang sama.

Jika ada cadangan lebih baik, boleh tulis surat cadangan kepada Pejabat Menteri Pendidikan Malaysia.

😄 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us