September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Linus and screening

11 Sep 2018

Semasa membuat ‘free sharing’ dengan ustazah-ustazah di Dzuliman Smart Khalifah semalam, ada ustazah datang bertanya kerisauan ibu bapa di tadika berkenaan LINUS apabila anak mereka masuk sekolah rendah nanti.

Ini sedikit perkongsian jawapan saya. Jika ada penambahan maklumat daripada guru LINUS lain, dipersilakan.

Di Malaysia, murid Tahun 1 hingga 3 akan menduduki Ujian Saringan LINUS (Literacy and Numeracy Screening).

Terdapat 12 konstruk yang perlu mereka kuasai mengikut tahun belajar.

Pada tahun 1, mereka perlu melepasi Konstruk 1 dan 2.

Jika tidak menguasai, mereka Akan memasuki Program Pemulihan.

Di kelas pemulihan (LINUS), mereka akan Bersama guru terlatih untuk mengajar kemahiran membaca dan mengira.

Konstruk 1 ialah mengenal huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 ialah menggabung Konsonan dan Vokal. KV. Contohnya ialah ba, ga, ju, la, ki, do.

Jika sehingga Tahun 3 (9 tahun) masih tidak melepasi Konstruk 1 dan 2 ini, murid tersebut akan menjalani Program Saringan OUTREACH LINUS bersama Pasukan Pelbagai Disiplin termasuk pakar kesihatan.

Maka di sini akan berjumpa Terapis Carakerja yang menjadi salah seorang ahli pasukan pelbagai disiplin tersebut.

(Saya pernah menjadi terapis yang terlibat dalam program ini selama beberapa tahun, dan banyak pengalaman menarik diperolehi ☺️)

Saringan terapi carakerja meliputi aspek kemahiran motor kasar, motor halus, tumpuan dan kemahiran kognitif.

☺️

1. Jika tiada masalah dalam ujian saringan, murid ini akan kembali belajar dalam Program Pemulihan agar sekurang-kurangnya boleh membaca KVKV (buku, guli).

2. Jika ada masalah dalam ujian saringan, ibu bapa ada pilihan mahu menghantar ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Disleksia, atau terus berada di kelas sedia ada.

Untuk nombor 1, biasanya murid-murid ini adalah yang selalu tidak hadir ke sekolah (disebabkan banyak faktor termasuk masalah sosioekonomi dan juga masalah budaya seperti murid orang asli dan sebagainya). Mereka bukan kategori dalam pendidikan khas.

Untuk nombor 2, ada pro dan kontra, itu isu yang perlu diselesaikan mengikut kesesuaian penempatan murid dengan persetujuan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah. Kebanyakan mereka adalah kategori murid pendidikan khas yang baru dikenalpasti (terlepas pandang oleh guru atau ibu bapa).

Yang penting, 'kemenjadian' murid tersebut harus diutamakan.

😊

Nota: LINUS ini adalah program di sekolah yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol