September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Brain Break/ Sensory Break and Development

11 Sep 2018

Brain Break/ Sensory Break and Development

Brain break sangat penting untuk menyegarkan minda yang letih setelah membuat tugasan kognitif dan fizikal.

Brain break ni macam sensory break lah jugak.

Kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah sememangnya hidup mereka dipenuhi dengan bermain. Jadi brain break mereka adalah tidur, hehe.

Kanak-kanak 5-6 tahun selalunya memerlukan brain break selama 1-2 minit bagi setiap 15 minit aktiviti berfokus.

Kanak-kanak 7-8 tahun, brain break mereka adalah 1-2 minit bagi 20 minit aktiviti berfokus.

Dan peningkatan 5 minit aktiviti berfokus mengikut peningkatan umur (provided 1-2 minit break).

Contohnya:
9-10 tahun, 25 minit tugasan, then rehat 1-2 minit.

11-12 tahun, 30 minit tugasan, then rehat 1-2 minit.

13-14 tahun, 35 minit tugasan, then rehat 1-2 minit.

Sehinggalah limit 50 minit aktviti berfokus bagi orang dewasa, then perlu brain break 1-2 minit. Orang dewasa pun sebenarnya tak boleh beri tumpuan selepas otak dah tepu. 😂

At least 50 minutes, perlu diberi rehat sebentar. 😊

Apa nak buat semasa Brain Break?

Semasa brain break, guru, terapis dan ibu bapa boleh lakukan:

i. Aktiviti pergerakan dan mainan yang mempunyai unsur sensori (rujuk post saya sebelum ini berkaitan mainan sensori) —> ada sharing berkenaan aktiviti semasa sensory break, saya akan kongsikan! 😄

ii. Pergi tandas! Hehe (nature call, empty your bladder for efficiency)

iii. Menyanyi dan menari (coordination skills, proprioception, vestibular)

iv. Bergerak dan senaman ringkas (movement and balancing)

v. Ketawa (visual, tactile, proprioception)

vi. Mendengar cerita (bergambar atau cerita lawak)

vii. Tengok video, tv atau dengar lagu (visual and auditori)

viii. Minum air dan makan juga membantu untuk menyegarkan otak.

Sebab tu brain break juga boleh dikenali sebagai sensory break!

Selepas brain break, kebiasaannya minda dan badan akan kembali segar dan berupaya fokus kembali.

Kesimpulannya, amalan brain break atau sensory break sangat membantu murid fokus dalam kelas.

A sharing from an Occupational Therapist. 😅

#otinschool 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us