September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

4 Cara Duduk Untuk Elakkan Posisi W

11 Sep 2018

 

 

 

 

 

4 Cara Duduk Untuk Elakkan Posisi W

Sebagai OT, saya sangat sensitif apabila melihat kanak-kanak duduk secara posisi W.

Anak saya yang setahun itu juga masih duduk W. Masih dalam tempoh intervensi oleh uminya. 😅

Why? Is it not normal?

Normal sebenarnya duduk posisi W untuk below 2 yo.
Tapi selepas 2 yo, harus membetulkan kedudukan mereka.

Kenapa mereka suka duduk posisi W? Belajar Fizik kan..
1. Wider base, wider support. Tapak badan semasa duduk jadi semakin luas.
2. Duduk W menjadikan pusat graviti rendah.
3. Makanya, stabiliti dipertingkatkan.
4. Oleh itu, posisi W adalah posisi paling selesa ketika bermain.

Kenapa posisi duduk W ini menjadi masalah yang sangat besar? Belajar anatomi sikit.. hehe

5L

1. Limit trunk rotation (pusingan badan)
2. Affect baLancing reaction
3. Reduce midLine crossing
4. Lead to pigeon toed (haa, ini macam jalan kaki ke dalam tu, saya ada share pasal ni)
5. Dan akan menyebabkan peLvic pain.

Oh.. Bagaimana nak perbetulkan kedudukan kanak-kanak yang selalu duduk posisi W ini?

Ada 4 cara dan saya sertakan gambar sekali.
1. Side sitting
Duduk bersimpuh malu-malu kucing gitu

2. Long sitting
Duduk berlunjur ke depan atau slanting sedikit. Rujuk gambar.

3. Pretzel sitting
Duduk bersila. Senang kan..

4. M sitting
Duduk seperti di antara 2 sujud dalam solat bagi orang Islam. Duduk macam ni kaki tu dilipat ke bawah.

Apa yang penting adalah konsisten. Ibu bapa nampak je duduk W, terus bantu untuk mereka duduk dengan 4 cara dinyatakan.

Cikgu di sekolah atau tadika nampak je mereka duduk W begini, ingatkan mereka untuk duduk dengan 4 cara dinyatakan.

😄

A sharing from an occupational therapist.

Bila tengok pretzel sitting tu, tiba-tiba rasa lapar nak makan roti Auntie Anne. Hehe. 

Share on Facebook
Share on Twitter