September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

3P Principles in Handwriting

11 Sep 2018

 

3P Principles in Handwriting

1- Position
2- Pencil grip
3- Paper

P pertama ialah Position

Posisi semasa menulis mempengaruhi mood dan keselesaan.

Ada 3 jenis position untuk menulis, vertical handwriting (menegak), prone position (meniarap) dan horizontal position (duduk).

Setiap posisi ini ada kelebihan untuk intervensi terapi carakerja.

Jika murid dengan pegangan lemah, intervensi menulis sambil meniarap di atas lantai selama 10 minit amat baik kerana boleh menguatkan otot bahu.

Jika murid refuse atau tidak minat semua jenis handwriting task, boleh guna intervensi vertical position sebagai permulaan kerana posisi ini adalah posisi paling mudah dalam kemahiran menulis.

P kedua ialah Pencil Grip

Kemahiran menulis bermula dengan pencil grip skills yang betul.

It starts with palmar grip. Pegang pensel dengan tapak tangan.

Perkembangan pegangan pensel akan menjadi semakin baik mengikut peringkat umur.

Kanak-kanak boleh memegang pensel dengan pegangan tripod atau menggunakan tiga jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah) apabila mencapai umur anggaran 4 tahun.

Sebelum boleh memegang pensel dengan baik, mereka perlu banyak bermain permainan yang menggunakan jari-jemari untuk menguatkannya.

Perbanyakkanlah aktiviti yang menggunakan jari-jemari ketika mereka berada pada awal usia. Usah terlalu banyak main gadget atau screen time. 😅

P ketiga ialah Paper

Paper di sini bermaksud posisi kertas.

Posisi kertas harus selesa.

Keselesaan bergantung kepada penulis.

Jika mengikut postural control yang betul, posisi kertas harus senget atau slanting sedikit. Selari dengan huruf L seperti kedudukan lipatan siku si penulis.

Cuba check kepada diri sendiri:
Jika kertas senget seperti huruf L, postur badan akan lurus.
Jika kertas tegak menghadap si penulis, badan penulis akan disengetkan sedikit ketika menulis. Ini amat tidak bagus untuk kesihatan postur. Tidak ergonomic.

Apa-apapun posisi kertas ini bergantung kepada keselesaan.

All in all, Jika kanak-kanak sudah selesa dengan posisi begitu sejak sekian lama dan tidak ada masalah handwriting, usah dipaksa untuk berubah. Nanti masalah lain pula timbul. Hehe.

😊

3P for handwriting skills ini adalah untuk panduan ibu bapa, guru dan terapis yang terlibat dengan kanak-kanak. Boleh dijadikan panduan. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us