September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

“Saya tidak mahu digelar mengajar guru pendidikan khas untuk menjadi terapis.”

11 Sep 2018

 

 

 

“Saya tidak mahu digelar mengajar guru pendidikan khas untuk menjadi terapis.”

Dalam situasi pendidikan khas sekarang, terapis tiada di sekolah. Guru harus tahu serba sedikit teknik pengendalian mudah, cara mengenal pasti masalah dan strategi mengatasi masalah-masalah yang muncul yang membantutkan aktiviti PdP.

Cikgu bukan terapis kerana tidak belajar seperti apa yang kami belajar. Skop kerja juga berbeza. Namun pendekatan yang terapis gunakan boleh diaplikasi dalam situasi mudah (berisiko rendah) di sekolah.

Banyak perkara berkaitan pendekatan terapi carakerja yang perlu diketahui oleh seorang guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Kerana teknik pengajaran itu boleh diadaptasi mengikut ketidakupayaan murid.

😄

Ada murid yang mempunyai masalah pemprosesan sensori yang mungkin sering disalah anggap mempunyai masalah tingkah laku.

Masalah Pemprosesan Sensori atau Sensory Processing Disorder (SPD) merupakan keadaan di mana otak mempunyai masalah untuk menerima dan memberi respon kepada maklumat yang diterima melalui deria.

SPD juga turut dikenali sebagai Sensory Integration Dysfunction (SID).

Terdapat 3 kategori masalah sensori iaitu :

1. Masalah modulasi sensori

Yang ini betul-betul berkaitan sensori. Yang paling asas.

Contoh:

Oral sensori.

Masih masuk barang dalam mulut.

Hentak-hentak kepala dan badan sebab seronok.

2. Masalah motor sensori

Yang ini apabila telah selesai masalah sensori modulasi.

Contoh:

Ada masalah nak menulis.

Tangan tak kuat.

Tak boleh nak melompat.

Tak boleh nak tangkap bola dan lain-lain lagi.

3. Masalah diskriminasi sensori

Yang ini macam kemahiran memproses (membezakan) apa yang kita lihat, sentuh dan dengar.

Contoh :

Persepsi visual

Persepsi auditori

Persepsi sentuhan

Yang ini kira macam peringkat tertinggi juga untuk dicapai.

Macam murid tahu bezakan permukaan panas dan sejuk. Bunyi kuat dan perlahan.

Benda boleh makan dan tak boleh makan melalui tekstur makanan tersebut.

Semua aspek sensori ini memberi impak besar dalam kehidupan seseorang kanak-kanak.

Jika ada masalah sensori, ia boleh mengganggu quality of life seseorang individu.

😊 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol