September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

10 Keperluan barang berunsur teraputik dan bahan bantu mengajar yang perlu ada di kelas pendidikan khas

10 Aug 2018

10 Keperluan barang berunsur teraputik dan bahan bantu mengajar yang perlu ada di kelas pendidikan khas

(Ini adalah pendapat peribadi saya sebagai seorang terapis carakerja yang terlibat dengan murid pendidikan khas)

1. Therapy ball/ gym ball
Selain boleh buat core strength training, gym ball boleh dijadikan alat untuk melempiaskan sensori proprioseptif dan vestibular. Boleh membuatkan murid yang hiperaktif kurang berjalan ke sana ke mari tanpa arah tuju.

Sangat perlu ada.
Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

2. Theraputty / plastisin
Untuk latihan finger strength. Bagi menguatkan jari-jemari khas untuk murid yang mempunyai masalah kemahiran motor halus yang lemah dan belum boleh memegang pensel dengan peganga tripod (ie: fisted or palmar grasp)

Theraputty boleh juga menjadi fidget toys untuk memberi input menenangkan selain meningkatkan tumpuan murid sambil menguatkan jari-jemari.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

3. Gunting
Usah pandang aktiviti menggunting adalah berbahaya kerana ia bolehmenjadi aktiviti untuk motor planning skills.

Kemahiran menggunting ini sangat membantu untuk problem solving skills selain fine motor skills.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

4. Sensory box
Dalam sensory box boleh adakan bahan-bahan seperti (boleh ubah suai mengikut kesesuaian):
- pasir
- Beras berwarna
- Pasta kering
- Gel / slime
- Bottle filled with water and beads
- Relaxing aroma such as lavender etc
- Energising aroma such as peppermint, coffee, lemon etc
- Cermin
- Kertas pasir
- Fluffy cloth / kapas

Cikgu boleh guna sensory box ini dalam set induksi sebelum memulakan PdP.

Semua matapelajaran pun boleh guna sensory box. Boleh letak miniature buah-buah atau kenderaan atau apa-apa mengikut thematic learning.

Raba-raba dalam sensory box jumpa kereta. Buat bunyi kereta dan ajar warna kereta.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

5. Mesin laminate
Wajibal ghunnah!

Untuk laminate bahan-bahan printable daripada internet untuk digunakan dalam kelas.

Boleh conteng dengan whiteboard marker dan padam semula.

Bahan-bahan PdP yang diperolehi daripada pinterest mengikut DSKP, boleh print dan laminate. Guna banyak kali. Jimat pokok dan ink.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

6. Plastik pocket
Jika tiada mesin laminate, boleh guna plastik pocket untuk memasukkan printable sheet untuk diconteng.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️

6. Printer berwarna
Sangat penting untuk print out bahan-bahan printable berwarna daripada internet.

Warna sangat penting untuk mempengaruhi mood murid-murid untuk engage dalam aktiviti PdP.

Takkan nak potostat hitam putih saja selalu. Hehe. Sekali sekala tak apa.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

7. Kon dan gelung dan tunnel
Ini untuk sensory circuit. Sensory circuit meraikan deria sensori proprioseptif, tactile, vestibular dan visual.

Sensory circuit boleh dijadikan sensory break untuk murid yang hiperaktif atau mempunyai sense of movement yang tinggi.

Mereka sangat suka ini!!

Kalau budget cikgu sekecil semut, boleh buat sensory circuit sendiri yang ada unsur lompat, merangkak, membaling, menyeimbang badan, berjalan, berlari dan memanjat. Boleh guna alam sekeliling sebagai bahan.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

8. Marker pen berwarna (whiteboard dan permanent)

Sangat bagus untuk dijadikan bahan penulisan atas plastik laminate.

Boleh ajar genggaman pensel juga dengan menggunakan marker. Memegang pensel adalah salah satu aspek perkembangan kanak-kanak.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

9. Velcro

Velcro ni macam zap on yang biasa dilihat pada kasut sekolah. Kasut sekolh putih ada, kasut sekolah hitam pun ada. 😄

Tak kisahlah kasut warna apa, janji pakai kasut pi sekolah no. 😅

Velcro ni untuk guna dalam PdP tanpa menggunakan pensel dan kertas. Cikgu hanya biarkan murid match-match dengan zap on sahaja. Tak perlu tulis. Tak perlu kata apa-apa kecuali memberikan arahan dan memberi respons 😄.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️

10. Bola tenis
Aktiviti menggunakan bola sangat berguna untuk latihan koordinasi mata dan tangan serta dexterity of the hands.

Boleh main sambut-sambut masa set induksi. Bagi gerak sikit otot-otot sabagai body awakening activities.

Kenapa bola tenis? Sebab bola tenis sifatnya melantun-lantun dan ini amat baik untuk focus training dan eye tracking skills.

Skor keperluan : ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Hehe 😄 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol