September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

11 FAKTA MENGENAI WEIGHTED VEST

4 Aug 2018

 


Sensory tool for students with sensory issues in a classroom. Weighted vest.

Saya kenalkan dengan weighted vest. Di Malaysia, jarang kita guna sebab tak tahu fungsinya 😄.

1. Weighted vest ini adalah seperti baju yang diberatkan dengan pemberat.

2. Pemberat yang biasa digunakan ialah bead besi atau boleh guna beras dan lain-lain yang sesuai.

3. Penggunaan weighted vest sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif dan autisme (mengikut kesesuaian, tidak semua murid autism sesuai pakai weighted vest).

4. Penggunaan weighted vest ini adalah dalam protocol Sensory Integration Therapy (SIT).

5. Jadi tidak boleh sesuka hati suruh murid pakai weighted vest ini. Mesti dinasihatkan daripada terapis carakerja bertauliah. 😄

6. Berat baju ini harus tidak melebihi 10% daripada berat kanak-kanak itu. Contohnya kalau berat murid 30kg, berat weighted vest yang dia pakai tidak lebih daripada 3kg. Terapis akan bermula dengan pemberat yang paling ringan dan di’adjust’ mengikut kesesuaian dan performance murid.

7. Kegunaan weighted vest kepada murid berkeperluan khas adalah untuk meningkatkan fokus untuk murid beri perhatian.

8. Weighted vest juga meningkatkan body awareness.

9. Weighted vest boleh meningkatkan keseimbangan badan dan koordinasi.

10. Weighted vest yang sedikit berat boleh memberi kesan ketenangan atau calming effect kepada murid yang hiperaktif. Kenapa? Sebab berat badan dia ditambah. 😂

11. Kalau perasan, budak hiperaktif selalunya kurus-kurus (banyak kalori dibakar). Jarang kita jumpa murid hiperaktif bertubuh badan gempal. 😅

😁 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol