September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Pendidikan Khas dan Perkhidmatan Sokongan (Allied health professionals)

3 Aug 2018


Di kebanyakan negara maju, mendapat anak istimewa adalah betul-betul istimewa dan rahmat.

Bukan istimewa pada hanya perkataan namun pahit untuk ditelan seperti yang kita alami di Malaysia.

1. Kemudahan dan pendidikan untuk anak berkeperluan khas diberi secara menyeluruh tidak kira daripada golongan mana mereka datang. Orang gaji bawah 3 ribu ke, gaji lebih 10 ribu ke, semua dapat.

2. Ibu bapa dengan anak istimewa akan dapat elaun khas kerana mendapat anak istimewa. Based on my experience di UK dahulu, ibu/ bapa akan dapat £61 seminggu untuk perbelanjaan sendiri (bukan untuk anak, anal elaun lain pula).

£61 seminggu tu boleh support perbelanjaan dapur rumah yang lebih daripada cukup!

Di Malaysia, apa yang ibu bapa dapat? Hanya simpati dan empati tidak bertepi. Macam acuh tidak acuh sahaja.

3. Perkhidmatan terapi? Tak perlu bayar mahal-mahal dan nak kena hantar secara berasingan pula daripada sekolah. Semua provided dalam kawasan sekolah.

Yes, terapis berada/ datang ke sekolah secara berkala dan ianya percuma! Jimat masa, tenaga dan wang ibu bapa. Bos mereka pun tak marah-marah dan rakan sekerja tak pandang serong lagi asyik kena keluar hantar anak ke pusat terapi pada waktu bekerja.

Peranan 3PK perlu diperkemas dan dimantapkan. Peranan 3PK termaktub dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (muka surat 21; 13.3.4 dan 13.3.5).

Siapa boleh nafikan lagi peranan perkhidmatan sokongan untuk murid berkeperluan khas ini? Sangat penting cuma 3PK tak cukup tangan sekarang ini. Perjawatan terapis tidak cukup di KPM. Tidak diperluas sejak saya mula masuk ke KPM sebagai terapis. Padahal, permintaan semakin tinggi.

4. Guru pula dibantu dengan kehadiran terapis untuk membolehkan murid berupaya mengikuti kurikulum dengan baik. Siapa kata tak boleh ajar sains kepada murid khas? Ada caranya. Nak ajar sains bukan kena pandai tulis dulu, kena buat inferens ke.

Mengajar murid buat pengelasan jenis daun juga adalah sebahagian daripada kemahiran sains!

5. Dengan perkhidmatan sokongan di sekolah, guru boleh fokus buat PdP dengan berkesan. Harapan tinggi sangat dan jika semua ini berlaku, harapnya kuranglah aduan ‘attitude’ guru pendidikan khas yang bermasalah kami dapat.

Sekarang, tak boleh nak salahkan cikgu sebab kita tak bagi proper training, fasiliti di Program Pendidikan Khas pun macam hampeh, bilangan cikgu tak cukup, kelas campur-campur jadi macam bilik jagaan, pembantu pengurusan murid (PPM) pula tiada latihan ‘manual handling’ murid khas.

6. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah wajib untuk setiap murid berkeperluan khas yang tidak boleh mengikuti kurikulum aliran perdana. Kalau murid tu dah boleh ikut 100% kurikulum aliran perdana, mungkin boleh consider RPI dalam aspek bukan akademik seperti social inclusion, behaviour etc.

Dan RPI perlu libatkan ibu bapa, guru, terapis, PPM dan individu berkaitan dengan murid tersebut. Bukan syok sendiri buat RPI tapi tak dak sapa tau. Sia-sia sahaja buat (macam kasar sikit bunyinya, maafkan saya tapi itu hakikat kejadian).

Dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan sangat ditekankan hal RPI ini (13.3.8 ).

7. Bahan bantu mengajar pula perlu lebih kreatif dan berinovasi. Tidak stereotype kepada buku dan pensel sahaja. Tidak hanya dalam kelas sahaja. Move around. Cari bahan di sekeliling. Cari idea dalam dunia tanpa sempadan. Buat.

Nak habiskan silibus atau kurikulum tidak hanya bergantung kepada buku. Bukti PdP kan dah boleh diambil dalam bentuk gambar. Bukan hasil tangan murid sahaja. Ubah suai ikut tahap murid. Ada dalam pekeliling sudah.

Buku teks hanya panduan. Kurikulum juga hanya panduan. Kalau rasa kurikulum tu tinggi, rendah kan. Berapa kali mau cakap ia ada dalam pekelililing. 😬

Dalam pendidikan khas, tak perlu kejar silibus. Nak lari ke mana kalau dikejar?

8. Pasal peralatan sokongan pula seperti kerusi roda. Di UK, kerusi roda diberi percuma kepada semua murid khas. Dan kerusi roda di’review’ setiap 3 bulan. Ya, 3 bulan sebab dalam tempoh 3 bulan kemungkinan murid-murid ini sudah membesar dan kerusi roda menjadi tidak sesuai lagi untuk mereka. Mereka tidak beli kerusi roda baru untuk setiap murid tapi di’rotate’ penggunaannya kepada murid ikut kesesuaian.

Di negara kita? Kerusi roda perlu beli dan dipakai yang tu lah sampai rosak atau sampai dah benar-benar tak boleh pakai lagi. Dengan alasan mereka bayar cukai tinggi? Boleh lah bagi percuma macam tu. Eh, kita pun bayar cukai juga, GST tu cukai kan? 😜

Kerusi roda mereka kebanyakan powered wheel chair. Mereka boleh bergerak sendiri tanpa perlu ditolak ke sana ke mari. Mereka dilatih menggunakan powered wheelchair ini oleh terapis.

Ramp memang mudah didapati dan tidak perlu terkial-kial mati akal sebab takde jalan nak masuk bangunan yang bersegi-segi tanah simennya.

*****

Semoga ada sinar di hujung lorong pendidikan khas yang sepi dan gelap ini. 😂 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol