September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Cerita Sempena Hari Guru

3 Aug 2018

Re sharing cerita Hari Guru

*****

Sempena Hari Guru yang lalu, saya menerima ucapan Whatapps dan panggilan telefon daripada beberapa orang individu dan bekas anak murid. Tak ramai pun.

Yang paling terkesan di hati saya sampai terasa nak berkongsi ialah panggilan telefon daripada seorang bekas murid pendidikan khas berbangsa Cina.

Dah besar dah dia. Umur dalam awal dua puluhan.

Panggilan masuk. Nombor tidak dikenali.
Selalu tak nak angkat, tetapi tergerak hati nak angkat kali ini.

"Hello"

"Hai, cikgu tak ingat saya ke?"

"Siapa ni? Bagitaulah nama, barulah cikgu ingat."

"Ala, cikgu ni, saya ni anak murid cikgu la, tak kan tak kenal.."

Dalam hati saya, pelat cakap macam orang Cina, jadi saya meneka-neka nama murid berbangsa Cina.

"Lee Chong Wei ke ni?!" (Bukan nama sebenar hehe..)

"Ya cikgu, ingat pun, tapi nama saya bukan Lee Chong Wei lagi, nama saya Mohd Lin Dan bin Abdullah." (Bukan nama sebenar juga.. hehe)

"Wah, awak dah peluk Islam? Bila? Wahhh tahniah!"

"Saya peluk Islam bulan empat baru ni, baru lagi cikgu."

Mulalah cikgu ni nak mengorek rahsianya. Mari teruskan mendengar perbualan.

"Mak dan ayah cakap apa-apa ke awak dah peluk Islam?"

"Mereka okay cikgu, mak saya kata teruskan saja."

"Oh, awak dah tahu solat lah ni. Awak solat?"

"Solat cikgu"

"Cukup tak 5 waktu?"

"Saya cuba la cikgu"

"Okay bagus. Awak tinggal dengan keluarga ke sekarang ni?"

"Ye cikgu, tapi saya dah nak pindah rumah saya di Damansara bulan puasa nanti"

"Oh, rumah siapa tu?"

"Rumah saya la, saya beli"

"Wahh, rumah apa tu?"

"Rumah teres dua tingkat cikgu"

Gulp. Menelan air liur cikgu yang mendengar ini. Okay, sambung lagi interrogate.

"Wah, bagusnya awak ni ye. Awak kerja apa sekarang?"

"Saya jual insurans cikgu. Saya kat AIA insurans di Damansara."

"Ooo bagusnya, berapa gaji awak sebulan?" Cikgu dah mula pakai topi penyiasat. Hehe

"Kalau basic tu tujuh ribu, tambah elaun sikit-sikit adalah lapan lebih." Jawabnya tenang.

"Wahh banyaknya gaji awak. Seronoknya cikgu tahu awak dah berjaya."

"Tak adalah cikgu, saya biasa-biasa saja."

"Eh, awak pakai kereta apa sekarang?" Hehe cikgu sengaja nak tahu.

"Saya pakai Persona cikgu"

"Wahh, awak dah nak ada calon untuk kahwin ke?" Hehe, cikgu dah mula menyibuk.

"Belum cikgu, semuanya kawan-kawan biasa saja"

"Oh takpe. Nanti-nanti adalah tu. Kenapa awak telefon cikgu ni?"

"Saya nak ucap Selamat Hari Guru"

"Ohh, terima kasih. Ingat jugak awak kat cikgu ye" Lupa pulak tujuan asal budak ni call saya. Hehe.

"Okay cikgu. Nanti saya telefon lagi. Okay bye."

"Alright bye. Selamat ye semoga terus berjaya Mohd Lin Dan bin Abdullah." Saya ulang semula namanya.

"Okay cikgu, bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam"

Hehe. Terkedu sebentar cikgu ini dengan cerita bekas anak murid tadi.

Saya tak mahu percaya bulat-bulat ceritanya sebab kemungkinan dia mempunyai tahap imaginasi yang tinggi namun jauh di sudut hati saya masih lagi mahu mempercayai semua butiran ceritanya itu.

Tunggu dan lihat. Saya nak menyiasat lagi kesahihah cerita ini.

Tapi sekadar berkongsi lah untuk hiburan hati.

Hehe. Sorry panjang pulak. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us