September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

3 Jenis Masalah Pemprosesan Sensori atau Sensory Processing Disorder (SPD) dalam kalangan kanak-kanak

3 Aug 2018


Hal berkaitan isu sensori ini adalah tugas terapis carakerja.

Merupakan keadaan di mana otak mempunyai masalah untuk menerima dan memberi respon kepada maklumat yang diterima melalui deria.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang ada masalah sensori akan mempunyai masalah terlalu sensitif atau pasif terhadap persekitaran mereka.

Ini dikenali sebagai masalah modulasi sensori.

“Macam mana tu Mahfuzah oii?”

Ada 3 jenis masalah modulasi sensori.

1️⃣ Sensori terlebih tindakbalas (over-responsivity)

Respon yang terlalu sensitif terhadap ransangan sensori.

Contohnya:

Kanak-kanak akan merasa tidak selesa (menutup telinga atau menjerit ketakutan) apabila mendengar bunyi yang kapal terbang atau mesin rumput sedangkan bunyi tersebut merupakan bunyi yang biasa kepada kanak-kanak lain.


2️⃣ Sensori kurang tindakbalas (under-responsivity)

Respon yang lambat atau pasif sedikit terhadap ransangan sensori.

Memerlukan intensiti rangsangan yang tinggi atau tempoh yang lama untuk mendapatkan tindakbalas kanak-kanak itu.

Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang pasif.

Contohnya:

Kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang tingkah laku menandakan kegelian apabila digeletek oleh ibu bapa atau guru. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memerlukan intensiti sentuhan yang lebih banyak untuk membuatkan rasa kegelian.


3️⃣ Sensori kehendak (seeking/craving)

Secara aktif mencari rangsangan sehingga cara mencari rangsangan tersebut tidak boleh diterima dari segi sosial.

Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.

Contohnya:

Sensori seeking di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.

Sensori seeking pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut.

Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian yang sedikit. ☺️ 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol