September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

“Hand Dominance in Children: How to identify?”

3 Aug 2018



Kiri atau Kanan?

Bagaimana mengenalpasti kecenderungan tangan kanak-kanak?

Kecenderungan tangan kanak-kanak boleh dikesan seawal umur 18 bulan dan semakin mantap pada umur 3-4 tahun.

Namun ada yang masih belum menunjukkan kecenderungan tangan kanan atau kiri walaupun sudah berumur 6-7 tahun.

Ada beberapa test ringkas untuk mengenalpasti anak anda ini mempunyai kecenderungan tangan kanan atau kiri.

1. Bean bag.
Cuba bagi bean bag di hadapan anak anda dan lihat tangan mana yang akan diguna untuk mengambil dan membaling bean bag.

2. Bola.
Guna bola kecil seperti bola tenis untuk membaling.

Perhatikan tangan mana yang dia guna untuk membaling.

3. Makanan kegemaran.

Letakkan makanan kegemaran (yang kering) anak anda di tengah-tengah meja.

Biar mereka ambil.

Perhatikan tangan mana yang mereka guna dahulu untuk ambil.

4. Vertical writing.

Guna whiteboard marker untuk menulis nombor 8 melintang (Lazy 😎 di dinding (whiteboard sticker).

Buat nombor 8 dengan cepat.

Dan berulang-ulang pergerakan nombor 8 tersebut.

5. Menaip atau 'touch screen'

Boleh guna alat berteknologi tinggi seperti komputer atau tablet untuk mengesan tangan mana yang anak anda selalu guna.

6. Handwriting

Letak pensel di tengah meja.

Lihat tangan mana yang digunakan untuk mengambil pensel.

Pastikan tiada verbal prompts atau arahan untuk ubah tangan.

Kita nak lihat secara spontan 'hand dominance' tersebut

Kesemua 6 ujian di atas harus dilakukan dalam situasi santai dan tidak formal. Kita hendak mengesan kecenderungan tangan.

Letak objek-objek di hadapan untuk diambil sendiri oleh anak. Bukan bagi dan letak terus di tangan mereka.

Ibu bapa boleh perhatikan tangan mana yang mereka guna untuk ambil objek tersebut.

Selain 'hand dominance', boleh juga gunakan teknik dan permainan yang sesuai untuk 'foot dominance' juga. Boleh guna bola. Secara spontan kaki mana akan menyambut dan menendang bole tersebut?

Eye dominance juga boleh dikenal pasti juga. Caranya, lihat satu objek melalui satu lubang kecil. Mata mana kita akan guna?

Atau cuba kenyitkan mata. Mata mana yang terbuka semasa mengenyit mata?

Maka mata itulah kekuatan dan kecenderungan kita. Hehe.

Ear dominance pulak boleh dikesan dengan mendengar benda berbunyi di dinding. Telinga mana yang kita akan guna untuk tekup di dinding?

Selamat mencari kecenderungan! Hehe. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol