September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Khas

13 Jun 2018

PdP dalam Pendidikan Khas

Semakin jarang saya menulis mengenai Pendidikan Khas sejak setahun dua kebelakangan ini kerana memerhatikan tiada anjakan paradigma daripada perkongsian saya. Hehe.

Namun, setelah membuat refleksi semangat Perdana Menteri Malaysia ke-7 ini, saya tidak harus patah semangat! Huhu.

Tak ada apalah. Saja buat muqaddimah membara sikit. 😂

Dalam menjayakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk murid berkeperluan khas, guru-guru perlu banyak bahan sumber dan bahan bantu mengajar.

Mengajar murid khas dalam kelas tidak sama seperti murid tipikal yang boleh faham bila dengar (auditori) sahaja.

Kalau murid khas ni, perlu gabungkan, dengar, lihat, hidu, sentuh, gerak dan buat.

Gabungan kepelbagaian pendekatan sensori dalam PdP bagi meningkatkan kefahaman.

Dalam pendidikan khas, nak dapatkan perhatian murid pun susah. Nak dapatkan eye contact pun, Ya Allah jenoh kena guna bubble balloon la bagai. In fact, pernah dengar ada OT pakai contact lense berwarna terang seperti mata kucing/harimau untuk dapatkan eye contact. 😄 Gigih!

Untuk mengajar dalam pendidikan khaa memang kena banyak bahan PdP yang kreatif. Bukan setakat kreatif, tapi perlu capai matlamat RPI yang ditetapkan.

Bahan-bahan PdP boleh didapati secara percuma di internet dan juga boleh dapatkan idea percuma di internet kemudian realisasikan idea tersebut dalam kelas.

Tak perlu tunggu ‘budget’ yang turun dari langit ke tujuh untuk sediakan semua bahan-bahan sumber ini.

Gunakan akal yang dikurniakan Tuhan agar bijak memanipulasi objek di sekeliling untuk dijadikan bahan sumber PdP.

Pen, paper, pencil and exercises books boleh diguna mengikut keperluan. Bukan wajib. Tak ada buku pun boleh mengajar. Tak pandai pegang pensel pun boleh mengajar.

Mungkin impak belajar tanpa buku dan pensel lebih tinggi daripada menggunakannya? Siapa tahu jika belum cuba? 😅

For a better Malaysia in special education. 👍🏼 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol