September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Pendidikan Khas sebenarnya luas.

13 Jun 2018

Pendidikan Khas sebenarnya luas.

1. Ada murid khas yang memang pandai akademik. Boleh ambil exam macam murid biasa. Cuma ada masalah sosial sikit yang perlu difahami oleh murid arus perdana. Mereka settle down dengan sangat baik di program aliran perdana. Bagi saya, masih perlu program demystification.

2. Ada murid khas yang apabila kita berkomunikasi dengannya, kita rasa, “Eh, apa yang khasnya budak ni? Kenapa masuk pendidikan khas? Tak nampak macam ada khas pun?!!”

Kumpulan yang macam ni memang berada dalam grey area. Susah nak judge. 😅

Murid sebegini memang disukai di pendidikan khas kerana sangat diharap . Kebiasaannya mereka ini kategori ‘slow learner’. Mereka aktif dan bijak. Mempunyai self esteem yang tinggi.

Mereka tak patut berada di pendidikan kerana ‘slow learner’ bukanlah kategori special. Tak baik melabel mereka begitu, siap terus hantar ke pendidikan khas. Namun saya faham, dengan demand akademik yang tinggi dan kekurang arifan takrif untuk murid dalam pendidikan khas, maka mereka berada di sini.

Ada pros and cons.

Murid seperti ini jika di aliran perdana, mereka akan berada dalam kelas-kelas belakang dan tendency untuk dibuli amat tinggi. Jadi, dihantar ke pendidikan khas bagi menyelamatkan mereka. Dan mereka end up menjadi ‘murid harapan’ dalam pendidikan khas. Sebab itu self esteem dan tahap keyakinan mereka amat tinggi.

3. Ada murid khas yang memang berada pada tahap sedang-sedang. Yang kategori ini sudah selesai aspek pengurusan diri, meaning dah boleh pergi tandas sendiri, makan sendiri dan sebagainya.

Cuma mereka ini lambat nak faham arahan dan masalah fokus. Mereka suka belajar dalam bentuk aktiviti dan hands on.

Mereka ini kalau sekali pandang, macam tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau kita sembang-sembang sikit, rasa macam dah tau ada something special about them. Mereka jujur.
Tiada masalah besar nak handle mereka ni sebab tiada masalah sensori. Personaliti mereka juga berbeza.

Jika anda cikgu yang masih bujang dan cantik/ tampan, tidak mustahil mereka akan datang dan cakap “Boleh saya kahwin dengan cikgu?” 😂

4. Ada murid khas yang berada pada tahap yang memerlukan bantuan yang maksimum. Mereka ini kebiasaannya mempunyai masalah sensori.
Contoh masalah sensori adalah seperti masih meleleh air liur, sangat hiperaktif, menghantuk-hantuk kepala dan mencederakan diri sendiri. Dan juga tak boleh independent untuk ke tandas. Tu tak masuk hat non verbal dan tak boleh pegang pensel, tak boleh tulis dan manipulative behaviour.

Cuba bayangkan cikgu perlu uruskan semua ini untuk murid yang mempunyai tahap kefungsian yang rendah.

Dengan nak kejar silibus lagi? Anda rasa silibus pendidikan khas yang menggunakan buku teks sesuai untuk kategori seperti ini?

Anda rasa yang mana perlu dulu. Selesaikan hal kesediaan murid dulu atau bagi dia ikut silibus pendidikan khas sedia ada sekarang? Suruh pegang pensel dan sit still di meja? Pandang depan tengok cikgu? Boleh?

Kategori murid seperti ini yang semakin ramai sekarang. Latihan cikgu perlu diperkemas untuk mereka berupaya handle murid kategori ini.

Kalau latihan cikgu tak diperkemas, natijahnya ramai murid khas kategori ini akan jadi terbiar seperti di taman asuhan percuma sahaja.

Tidak sama sekali menyalahkan cikgu kerana mereka perlukan latihan dan training manual handling yang betul. Untuk hadapi anak-anak kategori ini di sekolah.

Peranan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) juga penting kepada murid khas dalam kategori ini. Dan ada guidelines kepada teknik membantu.

PPM bukan ‘bibik’ yang perlu uruskan semuanya. Ada teknik untuk bantu agar murid-murid ini belajar untuk berdikari (Teori Vygotsky-scaffolding technique, faded prompts).

Okay sekian.

Eh, tiba-tiba macam ada kebebasan bersuara pulak malam ni 😂

Maafkan saya. Maafkan saya.

Post ini tidak mewakili bahagian tempat saya bekerja. 😅 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol