September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Occupational Therapy Skills and 14th General Election Malaysia

13 Jun 2018

Occupational Therapy Skills and 14th General Election Malaysia

Jarang sekali OT nak bercerita mengenai pilihanraya yang bakal menjengah tidak lama lagi.

Hehe. Inilah peluang untuk educate berkenaan pre-writing skills semasa pilihanraya.

Semasa mengundi, bentuk yang sepatutnya dibuat adalah X di sebelah kotak pilihan parti yang kita suka/sokong/harap untuk mentadbir negara. Bukan bentuk lain ya!!

Tahukah anda bahawa bentuk X adalah kemahiran menulis untuk kanak-kanak berumur 5 tahun?

Ya, 5 tahun.

Semasa menulis X atas kertas undi, kemahiran koordinasi dan motor halus sangat penting!

Senarai semak menulis bentuk X dalam petak kertas undi:

1. Menulis bentuk X, bukan T. Ini adalah kerana individu yang mempunyai masalah visual persepi akan nampak dan tulis X sebagai T. Awas, undi itu ROSAK.

2. Mempunyai ‘intersection’ yang seimbang.
Jika mempunyai masalah koordinasi dan motor control, individu tersebut akan membuat X yang senget dan tidak seimbang. Awas, undi itu ROSAK.

3. Buat X besar sehingga memenuhi sekurang-kurangnya 75% daripada petak. Awas, jangan terkeluar daripada petak. Nanti undi ROSAK.

4. Bentuk X harus dilukis dengan ‘pressure’ yang baik. Tiada double line. Tiada ‘hiccup’ semasa menulis sehingga menjadi seperti menulis X di atas kenderaan bergerak. Pengawalan motor, posisi badan dan tangan serta fokus perlu ada. Jika tidak, undi itu ROSAK.

5. Semak 4P.
Paper. Pencil. Position. Pilihan.

Kertas undi itu tidak koyak atau berconteng.
Pegangan pensel adalah dynamic.
Posisi badan dan tangan semasa memegang pensel stabil.

Pilihan nak ditulis X perlu tepat. Yang ni perlu kemahiran kognitif yang tinggi. Melibatkan masa depan negara! Fikirlah baik-baik. Mengundi bukan sekadar keluar pi tulis X.
Ia lebih daripada itu.

Jadikan ‘meaningful occupation’ semasa menulis bentuk X menjadi ‘meaningful election’ dalam hidup anda!

Ini serious!

Pesanan dan tips ringkas daripada occupational therapist anda sempena pilihanraya. 😄

Mahfuzah Zainol. 😂

Gambar sumber daripada Jawatankuasa Pilihanraya Perubatan 2017, Google Photos.

Disclaimer : Post ini mungkin berbeza dengan garis panduan terkini daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk PRU-14 ini. Sila rujuk website mereka untuk info terkini itu ye.

Saya tulis post ini based on gambar di bawah 😄. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol