September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Saturday Screening for LINUS (Literacy and Numeracy Screening)

30 May 2018

22#

Saturday Screening for LINUS (Literacy and Numeracy Screening)

Di Malaysia, murid Tahun 1 yang menduduki Ujian Saringan LINUS (Literacy and Numeracy Screening) dan tidak melepasi Konstruk 1 dan Konstruk 2.

Akan memasuki Program Pemulihan. Bersama guru terlatih untuk mengajar kemahiran membaca.

Konstruk 1 ialah mengenal huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 ialah menggabung Konsonan dan Vokal. KV. Contohnya ialah ba, ga, ju, la, ki, do.

Jika sehingga Tahun 3 (9 tahun) masih tidak melepasi Konstruk 1 dan 2 ini, murid tersebut akan menjalani Program Saringan OUTREACH LINUS bersama Pasukan Pelbagai Disiplin termasuk pakar kesihatan.

Maka di sini akan berjumpa Terapis Carakerja yang menjadi salah seorang ahli pasukan pelbagai disiplin tersebut.

Saringan terapi carakerja meliputi aspek kemahiran motor kasar, motor halus, tumpuan dan kemahiran kognitif.

☺️

1. Jika tiada masalah dalam ujian saringan, murid ini akan kembali belajar dalam Program Pemulihan agar sekurang-kurangnya boleh membaca KVKV (buku, guli).

2. Jika ada masalah dalam ujian saringan, ibu bapa ada pilihan mahu menghantar ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Disleksia, atau terus berada di kelas sedia ada.

Untuk nombor 2, ada pro dan kontra, itu isu yang perlu diselesaikan mengikut kesesuaian penempatan murid dengan persetujuan ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah.

Yang penting, 'kemenjadian' murid tersebut harus diutamakan.

😊

Sekian perkongsian untuk hari Sabtu.

Hari Jumaat saya belum post lagi. Saya akan cuba hari ini. 😅 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol