September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Peranan Occupational Therapist dalam Pendidikan Khas?

3 Apr 2018

Peranan Occupational Therapist dalam Pendidikan Khas?

🕶 Boleh dikatakan pendidikan khas amat dekat dengan terapi carakerja kerana klien atau service user terbesar adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak yang mempunyai keperluan rehabilitasi terapi.

⛺️ Kalau di luar negara specifically di negara tempat saya pernah bermastautin sebentar, sememangnya peranan OT is widely seen and enormously recognised kerana healthcare service yang 'mantop' dalam bidang pendidikan khas.

Kalau di Malaysia?

👜 Peranan OT semakin dipandang baik kerana skills dan kemahiran mereka dalam mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas. Apatah lagi mereka menguasai banyak teknik intervensi dan assessment untuk murid berkeperluan khas.

Hehe. Saya rasa lah, sebab semua orang pendidikan khas telah mengenali siapa OT sebenarnya.

Peranan OT dalam pendidikan khas amat penting dalam :

1. Memberi konsultasi berkaitan 'what to do?' kepada ibu bapa dan guru untuk meningkatkan keupayaan kemahiran anak-anak.

2. Membuat assessment atau penilaian awal bagaimana untuk melihat tahap kemahiran anak-anak dalam kemahiran tertentu contohnya kemahiran menulis atau pengurusan diri.

🎒 Kemahiran assessment ini boleh membantu guru pendidikan khas merancang penetapan Rancangan Pendidikan Individu (Individualised Education Programme).

Maka berbicanglah dengan baik bersama OT murid anda. Dapatkan laporan assessment.

3. Dari aspek penempatan sekolah pula, laporan intervensi atau assessment yang dijalankan oleh OT boleh membantu guru dalam penyediaan murid untuk ke sekolah.

Contohnya :

👠 Laporan OT boleh digunakan untuk melihat level of support yang perlu diberikan oleh guru di sekolah, sama ada perlu guna pensel bagaimana?, nak kurangkan hiperaktiviti dan nak kendalikan murid yang ada pelbagai ketidakupayaan yang di luar kemampuan seseorang guru.

💎Sebenarnya laporan OT juga boleh digunakan untuk laporan school readiness.

Contohnya :

Ada ibu bapa yang merasakan anak mereka belum sesuai untuk ke sekolah, nak tangguhkan persekolahan, boleh, dengan medical support daripada doktor dan juga laporan OT berkenaan school readiness murid berkenaan.

🎾 Laporan OT sangat berguna dan penting.

Selain itu, ada antara kanak-kanak yang belum bersedia ke sekolah tetapi mahu juga ke sekolah, namun masih memerlukan terapi bagi membantu dalam pembelajaran.

Perkhidmatan OT buat masa ini tidak menyeluruh ke semua sekolah.

Maka, boleh selang-selikan dengan sesi terapi di pusat intervensi berbayar atau lain-lain yang sesuai.

🥁 Tiada masalah. Kebenaran diberi mengikut budi bicara dengan pihak sekolah. Berbincanglah dengan baik untuk win-win situation.

Untuk maklumat berkaitan 'level of support' di sekolah. Murid berkeperluan khas sememangnya entitled untuk beberapa kemudahan dalam peperiksaan.

⛱ Antaranya :

Masa tambahan
Braille
Cetakan besar
Penggunaan Komputer untuk menjawab soalan
Pembaca soalan
Jurutulis jawapan
Guru pendamping

(Kesemua keistimewaan dan kemudahan ini tertakluk kepada kelulusan Pengarah, Lembaga Peperiksaan)

Permohonan kemudahan ini perlu dikemukakan oleh pihak sekolah setelah perbincangan bersama ibu bapa dan guru berkenaan anak mereka.

🎸Maka berbincanglah dengan baik dan adil. Untuk murid berkeperluan khas.

😄

Post ini tidak mewakili mana-mana pihak kecuali diri saya sendiri. Hehe.

Boleh share post ini untuk tujuan yang baik sahaja. 😁 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol