September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

“Masa saya lahirkan anak ini, saya tak dapat tengok pun, dia dimasukkan ke NICU kerana komplikasi kesihatan dan jantung.”

31 Mar 2018

Esok 21 March.

Teringat kisah seorang ibu klien kepada saya.

“Masa saya lahirkan anak ini, saya tak dapat tengok pun, dia dimasukkan ke NICU kerana komplikasi kesihatan dan jantung.”

“Lepas bersalin dan masuk wad, baru suami saya datang ke katil saya, dia datang dengan senyuman. Terus dia kucup dahi saya.”

“Saya pelik. Hish, tak pernah dia kucup dahi saya lepas bersalin, ni anak ke 4 dah ni.”

“Saya cakap, ‘abang ni dah kenapa?’”

“Suami saya dengan tenang cakap ‘terima kasih sebab lahirkan anak ke-4 ni untuk abang. Comel sangat anak kita.’”

“Saya rasa lega sangat walaupun diberitahu ada komplikasi pada bayi saya.”

*******

“Sehari kemudian, doktor bawa anak saya dan bagitahu anak saya ada Down Syndrome.”

“Terus saya menjerit dalam wad tu.”

“Saya menangis kuat-kuat sampai tak peduli orang sekeliling. Misi kena tenangkan saya masa tu. Saya sedih dan terkejut sangat.”

“Sekarang saya faham kenapa suami saya begitu tenang. Dia sudah tahu. Dan dia sudah tenangkan dirinya sebelum datang kucup dahi saya.”

“Kata suami saya, ini ahli syurga. Sebab tu abang ucap terima kasih dan kucup dahi sayang kerana telah lahirkan seorang ahli syurga dalam keluarga kita.”

😥

*********

because Down Syndrome is blessed with Trisomy 21...!!!

Happy Down Syndrome's Day!!!

21st of March!

#wouldntchangeathing 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol