September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Murid pekak tidak semestinya bisu

14 Mar 2018

🎈Murid pekak tidak semestinya bisu, pernah dengar tak orang pekak ketawa?

Hehe, biar saya ketawa dulu.
Murid pekak tidak semuanya bisu kerana apa yang rosak hanya organ dalam telinga bukan peti suara.

🎈Mengapa orang pekak tak bercakap?

Apabila mereka tidak mendengar, bagaimana mahu mengajuk semula percakapan? Sebab itulah mereka tidak boleh bercakap dengan baik melainkan memakai alat pendengaran.

Tapi, tidak semua orang pekak boleh pakai alat bantuan pendengaran. Perlu lihat keadaan dalam telinga juga. Audiologis memang pakar dalam hal ini.

🎈Bagaimana orang pekak nak jawab telefon?

Haaa, pernah tengok orang pekak jawab telefon ke?! Hehe, mereka kebiasaanya menggunakan video call jika menggunakan telefon kerana menggunakan sign language.

Thanks to the technology.

Setakat ni, sign language belum lagi boleh dialih kepada kod suara untuk menjawab panggilan, kalau ada yang nak cipta, silakan, please..

🎈Kalau murid pekak, bagaimana nak dengar bunyi loceng sekolah?

Hehe, kalau murid pekak, situasi memang sangatlah tenang kerana pastinya murid tidak bising.

Di kelas murid pekak, ada lampu siren yang berkelip-kelip menandakan waktu bertukar.

🎈Murid pekak di sekolah guna sign language?

Ya, mereka belajar menggunakan sign language. Ada 2 versi.

Satu versi namanya Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT). Versi ini adalah kod bahasa yang digunakan dalam penulisan formal dan digunakan dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Ia mempunyai imbuhan yang sesuai dalam setiap perkataan mengikut konteks ayat.

Satu versi lagi ialah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Versi ini lebih santai dan terus menepati maksud percakapan. Kebanyakan orang pekak menggunakan BIM kerana ia lebih mudah dan cepat, macam kita bercakap lah.

Guru-guru yang mengajar murid pekak biasanya menggunakan kombinasi kedua-dua sign language ini di Malaysia. Sebagaimana kita menggunakan bahasa dalam kehidupan seharian juga, campur-campur kan.

Alright, saya sudah bayar hutang nak menceritakan tentang murid pekak atau nama manjanya murid dengan ketidakupayaan pendengaran.

Untuk pendidikan, di Malaysia terdapat sekolah khas dan juga program khas untuk murid pekak ini.

Jikalau dilihat secara kasar, murid pekak ini sebenarnya mempunyai keupayaan Intelek yang sama seperti murid tipikal.

Namun begitu ada sesetengah kes, murid pekak dilahirkan pekak dan buta.

And again, secara statistiknya, enrolmen murid pekak di sekolah juga semakin menurun. Ini disebabkan kecanggihan dan kemajuan kesihatan di negara kita.

Baiklah sekian untuk post berkenaan Pendidikan Khas untuk orang pekak.

🎈Anda tahu bagaimana nak buat sign 'Assalamualaikum'?

Buat begini...

Buat tanda menunjuk dengan ibu jari dan dibawa kedudukan ke bahagian atas kepala dekat sikit dengan dahi.

🎈Kalau nak buat sign pergi ke tandas?

Buat begini...

Buat huruf T dengan ibu jari dan telunjuk dan tarik ke bawah ala-ala gaya nak tarik flush tandas. Hah, apa lagi, pergilah ke tandas.

Kay bye.

🤪 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol