September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Sensori vs Akademik

5 Mar 2018

Sensori vs Akademik

Situasi di sekolah, semakin ramai murid yang sebenarnya belum bersedia untuk ke sekolah walaupun sudah melewati umur persekolahan.

Murid yang dikatakan tidak bersedia ini kebanyakannya mempunyai isu sensori.

Yes. Dan mereka wajib untuk ke sekolah kerana umur mereka sudah perlu ke sekolah.

Apabila murid-murid yang mempunyai masalah sensori ini berada di sekolah, apa yang berlaku?

Akibatnya murid seperti 'hadir' ke sekolah namun hakikatnya tiada apa yang mampu dilakukan oleh guru selain meletakkan mereka dalam satu kelompok yang mudah dikawal. Atau situasi ini dalam bahasa sedikit kasar dipanggil 'macam tempat jagaan kanak-kanak' sahaja.

Tiada intervensi dilakukan kerana tiada terapis yang berada di sekolah (seperti kebanyakan situasi di luar negara).

Terapis sepatutnya diletakkan di sekolah dalam pendidikan khas untuk murid yang memerlukan sesi intervensi.

Boleh ke kalau biar sensori murid tersebut develop sendiri?

Boleh! Tapi ambil masa yang lama, sehinggakan umurnya meningkat lebih dulu daripada perkembangan sensorinya. Bayangkan seorang kanak-kanak yang dewasa masih lagi melelehkan air liur, masih lagi memasukkan benda ke dalam mulut, masih lagi hiperaktif dan menghantukkan kepala walaupun sudah berumur 14 tahun!

Kalau saiz badan kecik, I tak kisah. Kalau saiz badan dah macam Aaron Aziz, haa..apa nak buat? Kalau rupa pun macam Aaron Aziz, boleh juga rasa semangat nak buat intervensi kann..?! Hehe..saja gurau.

Maka, dengan itu muncullah tuduhan-tuduhan melulu kepada pihak guru yang dikatakan tidak boleh 'mengajar' murid yang mempunyai masalah sensori ini.

Anda semua nampak situasi kepincangan ini? Okay, tak perlu salahkan sesiapa dalam hal ini, jika rasa tak kena, boleh tulis surat cadangan untuk memperbaiki situasi.

Hehe.

Okay baiklah, murid dengan masalah sensori, kalau tak diberi intervensi, sampai ke sudah tidak mampu untuk meningkatkan keupayaan mereka. Masalah sensori perlu diberi perhatian.

Ibu bapa dan guru perlu tahu masalah sensori apa yang dihadapi oleh murid/anak mereka.

Dah tahu masalah anak/murid mereka, what is the next step to do? Di situ ada praktikalnya.

Dan sebenarnya persediaan akademik itu memerlukan beberapa gabungan sensori yang penting untuk belajar!

Boleh lihat Piramid Sensori untuk tahu di mana part akademik itu letaknya.
Diambil daripada buku saya, jika nak guna gambar ini dalam presentation atau apa sahaja bentuk penulisan, sila buat citation ya.
Peringatan sedikit keras sebab sebelum saya macam tidak kisah sangat tetapi kini tidak lagi. 🤨

Dibenarkan untuk berkongsi ☺️ 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol