September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Macam mana murid buta nak bagitahu sekarang pukul berapa?

2 Mar 2018

Macam mana murid buta nak bagitahu sekarang pukul berapa??

Let's talk about Special Education in Malaysia.

Sebenarnya, Pendidikan Khas di Malaysia adalah sangat unik. Hehe, kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam dan tidak ramai yang tahu berkaitan pendidikan khas secara lebih khusus jika tidak berada dalam bidang ini.

Pendidikan Khas untuk kanak-kanak kurang upaya.

Statement di atas adalah mitos jahat yang perlu ditangkis dalam persepsi masyarakat.

😅

Pendidikan Khas di Malaysia terbahagi kepada 3 kategori utama.

1. Penglihatan
2. Pendengaran
3. Pembelajaran

Saya tertarik untuk nak cerita tentang murid berkeperluan khas dengan ketidakupayaan penglihatan dalam post ini. As a form of exposure to the public.

Untuk kategori penglihatan dan pendengaran, atau bahasa kasarnya ialah buta dan pekak, murid-murid ini ada sekolah khusus.

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas yang berada di setiap negeri. Ada disediakan asrama untuk mereka seawal 7 tahun.

How can you imagine, murid buta baru 7 tahun dah masuk asrama???

Saya kagum dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak dengan ketidakupayaan penglihatan ini.

Yes, they are in asrama. Coping very well. Saya pernah bermalam di asrama sebuah sekolah buta untuk sebuah program.

Mulanya memang saya terkejut sebab pergerakan mereka sangat laju di asrama walaupun dengan mata yang terhad.

Mereka sangat independent mengurus kehidupan sendiri di asrama.

Mereka sudah 'biasa' berada dalam gelap, jadinya malam-malam pun pergerakan mereka sangat laju. Walau tiada lampu, laju je berjalan dan berlari di sekitar asrama tanpa tongkat. Hehe.

Kalau kita takdak lampu malam, takut satu hal, nak jalan pun meraba-raba macam hilang dunia.

Bagaimana murid buta belajar??

Pembelajaran murid buta adalah menggunakan Braille, sebuah mesin taip dengan kod penulisan tersendiri. Kalau nak belajar Braille boleh belajar dari internet dah sekarang, banyak apps di internet.

Macam mana depa jawab exam matematik yang ada gambarajah?

Okay, saya memandang tinggi guru-guru yang mengajar murid buta kerana mereka perlu menyediakan soalan dan latihan berbentuk taktil untuk murid buta belajar.

Berbaloi dengan elaun RM250 yang diterima setiap bulan. Usaha mereka perlu dibayar lebih sebenarnya, kerana bukan senang nak transform soalan atau latihan bertulis kepada bentuk taktil, kena guna banyak material.

Kalau dah buta tak nampak, sudah tentu sensori sentuhan perlu dipraktikkan untuk meneroka alam. Braille menggunakan sensori sentuhan untuk belajar.

Sekarang dah moden, sudah ada embosser atau ala-ala printer bagi mencetak tulisan Braille.

Cemana orang buta bersukan!!???

Hey hey hey... jangan ingat orang buta tak boleh bersukan ya!

Ada satu permainan yang terkenal di peringkat antarabangsa untuk orang buta. Namanya Goalball!

Ala-ala sepak bola masuk gol tapi menggunakan bola berloceng!
Saya pernah main Goalball! Hehe.

Bagaimana murid buta ni menggunakan teknologi komputer dan telefon pintar dan melihat jam!!??

Haaa, ini part yang menarik, mereka ada satu software yang menukarkan kesemua maklumat bertulis/bergambar kepada input kod verbal yang boleh didengari dan difahami.

Antara aplikasi yang terkenal ialah JAWS (Job Access With Speech).

Hehe, kalau nak try aplikasi ini boleh lihat di internet.

Haih, sesungguhnya sangat menarik dunia gelap mereka dari sisi pandangan seorang yang celik seperti kita.

Dari sudut kerja seorang terapis, memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir kanak-kanak Autism atau Down Syndrome yang buta atau mempunyai penglihatan terhad.

Di sinilah cabaran yang besar bagi saya sebagai seorang terapis. Apatah lagi bagi seorang guru yang mengajar murid ini.

Mari kita lihat statistik pula!

Statistik terkini menyatakan bahawa enrolmen murid bermasalah penglihatan yang bersekolah adalah sangat rendah.

Kenapa????

Sebabnya ialah jumlah kelahiran kanak-kanak buta semakin berkurangan disebabkan peningkatan kualiti kesihatan masyarakat sekarang.

Namun begitu, jumlah orang dewasa yang menjadi buta semakin meningkat kerana 'bad eating habits' oleh sebab penyakit dan kemalangan.

Jadi, kurangkan makanan manis dalam diet anda!!!

Saya mempunyai rakan yang baru menjadi buta kerana penyakit ini. Beliau mengambil masa selama 4 tahun untuk pulih daripada kemurungan dek hilang penglihatan secara perlahan-lahan sehingga menjadi buta sepenuhnya.

Dibuang kerja dan perlu belajar menggunakan Braille dan tongkat untuk meneruskan kehidupan. Namun beliau sangat positif tentang kehidupan setelah mengalami fasa 'penerimaan' takdir tersebut.

Beliau belajar menggunakan aplikasi untuk orang buta dan bekerja semula dengan agensi swasta dalam bidang teknologi.

Antara institusi yang boleh dikunjungi untuk mempelajari kemahiran untuk orang yang menjadi buta ialah di Malaysian Association for the Blind (MAB) yang terletak di Brickfields, KL.

Belajarlah cara menyantuni orang buta.

Ada teknik memegang tangan mereka bagi membantu untuk melintas jalan dan menaiki tangga.

Kalau salah pegang, nanti kena hayun dengan tongkat putih pula hehe.

Kay. 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol