September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

OT tips untuk Oral Sensory Seeking Behaviour

28 Feb 2018

OT tips untuk Oral Sensory Seeking Behaviour

Dalam perkembangan kanak-kanak or developmental milestone, Oral sensory seeking behaviour ini biasanya boleh dilihat ketika usia di bawah 1 tahun.

Mereka asyik memasukkan barang yang dijumpai ke dalam mulut.

Atau..

Sering melelehkan air liur.

Jika behaviour ini persistent selepas melewati umur 1 tahun, kemungkinan ada isu sensori craving/seeking pada bahagian oral atau mulut.

1. Boleh apply teknik Oral motor stimulation. Mouth tapping and pressing di sekitar kawasan mulut dan pipi.

Objektif : Memberi sense of tactile input (sentuhan dan touch pressure) di sekitar kawasan itu.

Teknik oral motor stimulation ini sangat sesuai juga untuk kanak-kanak yang drooling atau meleleh air liur (kerana tidak menelan).

Saya sangat suka praktikkan teknik oral motor ini kepada bayi saya sendiri kerana ia membantu bayi pra matang (anak pertama saya) untuk menghisap susu terus dari badan.

Ia sangat berkesan.

Cuma perlu dipraktikkan selalu.

2. Boleh guna teether untuk digigit oleh anak-anak yang mempunyai sensory seeking/craving di sekitar mulut.

Objektif 1 : Mengurangkan kecenderungan untuk menggigit barang lain. Penggunaan teether lebih terjamin kebersihannya berbanding barang/objek lain yang diragui tahap kebersihan.

Objektif 2 : Memberi sensori input pada sekitar otot mulut secara berkala menggunakan teether ini.

Ia adalah Salah satu cara untuk menangani masalah sensory seeking behaviour pada otot oral.

3. Guna chewy tube.

Fungsinya dan objektifnya sama seperti teether.

Chewy tube boleh digantung pada leher kanak-kanak. Sekiranya terasa ingin menggigit, boleh gigit chewy tube untuk sensory fulfil ness.

4. Guna toothies.

Sama juga fungsinya seperti teether dan chewy tube.

Akhir kata, kesemua tips dan teknik ini bukanlah seperti 'magic touch'. Buat sekali terus berkesan.

Ia memakan masa dan perlu dilakukan berterusan sehingga nampak kesannya.

Ada ibu bapa klien saya yang sering berputus asa setelah teknik ini tidak berjaya menampakkan hasil.

Kita berusaha, Allah menentukannya. Asalkan ada usaha, diiringi doa dan keyakinan, insha Allah berjaya!!

Saya ada klien berumur 4 tahun yang drooling teruk. Pada awal pertemuan, bajunya basah dek lelehan air liurnya. Dan air liur kering mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Setahun mempraktikkan teknik-teknik yang saya tulis di atas, dan bapanya sambung di rumah setiap hari beberapa kali.

Setelah hampir setahun, air liurnya berkurang sedikit demi sedikit.

I never claimed that it is because of the technique tapi mungkin dengan usaha itu Allah memperkenankan doa kita sebagai ibu bapa.

Itu lagi baik daripada tidak melakukan apa-apa dan mengharapkan keajaiban berlaku dengan tiba-tiba. 😬

Sedikit tips daripada saya.

Boleh follow for more tips and tricks! 😄 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us