September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

28 Feb 2018

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau guru atau terapis melayan lebih daripada seorang kanak-kanak.

Menangis adalah perkara biasa untuk 'attention seeker'

Saya ada seorang kanak-kanak 'attention seeker' dalam rumah saya ni 🤦🏼‍♀️! (Klu : Kakak yang cemburu)

2. Mendapat barang atau aktiviti yang dikehendaki

Perkara ini biasa berlaku apabila hendakkan mainan atau makanan kegemaran.

Biasa berlaku di shopping mall yang mana ibu bapa boleh 'stuck' kat depan kedai mainan melayan karenah ini. 😬

3. Mengelak aktiviti atau tugasan

Ini sering berlaku kepada terapis. Kanak-kanak yang ada tingkah laku manipulatif biasanya akan menangis bila nak buat terapi.

Atau pergi ke sekolah.

Sebab apa? Sebab sesi terapi dia kena buat kerja, ada task, kena ikut arahan untuk capai occupational goals.

Di sekolah juga ada rutin ke ikut, kena beratur, kena tunggu dan ada tugasan yang perlu diselesaikan.

Kanak-kanak jenis manipulatif ini tidak suka ikut arahan, suka ikut kemahuan sendiri. Jadi, nak elak, menangis dan meronta-ronta.

Ibu bapa yang malu dengan tingkah lalu ini akan mudah mengalah. Pujuk suruh diam dan kadang-kadang bagi tablet atau 'tak payahlah buat terapi, kita balik ye'.

Jika ia pertama kali baru jumpa terapis atau berada di tempat baru, mungkin sebab mereka tak tahu 'expectation' daripada tempat baru atau dengan terapis baru atau sekolah baru. Maka jadilah tingkah laku yang tidak diingini ini.

Ibu bapa, terapis dan guru boleh gunakan teknik social story untuk menceritakan 'expectation' di tempat yang baru dilawati itu.

Teknik social story ini menggunakan cerita bergambar (visual) untuk memberi kefahaman tentang sesuatu situasi.

4. Ada masalah sensori

Ya, ini selalu keliru sebab kadang-kadang guru atau ibu bapa anggap ia masalah tingkah laku tapi sebenarnya ia adalah masalah sensori.

Contohnya mengamuk atau menjerit apabila berada di tempat awam yang ramai orang, itu tanda sensory overload.

Contoh lain situasi di sekolah, bunyi mesin rumput atau bunyi vacuum, terus tutup telinga atau menjerit-jerit tanda protes. Tanda sensory over respinsitivity.

5. Ada masalah kesihatan

Ini contohnya macam sakit perut ke, sakit kepala, sakit mata dan sakit lain-lain tapi tak tau nak habaq. Especially kanak-kanak non verbal.

Makanya, menangis dan meraunglah jawabnya.

Untuk menghadapi tingkah laku mencabar tidak kiralah bagaimanapun cabarannya, perlu ada sesi 'calm down'.

Calming down boleh dibuat dalam situasi yang ringkas, bawa keluar daripada situasi tersebut dan tenangkan mereka.

Paling mudah dalam kereta.

Tetapi jika berlaku di tempat terapi (pengalaman sendiri), ignore semua tingkah laku yang berlaku disebabkan no 1,2 dan 3.

Untuk no 2 dan 3, terapis perlu bijak menggunakan teknik motivation and reward. Guna mainan kegemaran mereka sebagai guide untuk habiskan task. 😄

Ibu bapa boleh guna tablet atau phone sebagai reward material juga. Limitkan penggunaan. Selesaikan task dahulu baru bagi. Tegas.

Untuk sebab no 4, ia perlukan intervention. Sensory assessment. Dan perlu guna atas nasihat terapis juga.

Untuk sebab no 5, definitely perlu jumpa doktor. Hal kesihatan kita serahkan kepada yang pakar. 😄

Sedikit tips untuk hari ini. 😄

Boleh share jika rasa nak share.

Boleh follow agar tidak ketinggalan tips OT yang boleh dipraktikkan di rumah, sekolah atau mana sahaja yang sesuai. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us