September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Horse riding activity vs Hippotherapy

24 Feb 2018

5 amalan dan kepercayaan aktiviti berkuda kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang perlu dibetulkan.

1. Aktiviti vs terapi.

Aktiviti berkuda yang naik kuda dan jalan keliling padang biasa bukanlah dipanggil terapi berkuda (hippoterapi).

Ia adalah aktiviti menunggang kuda atau adapted therapeutic horse riding.

Hipoterapi adalah terapi berkuda yang penuh protokol dan dilakukan oleh kuda yang dilatih.

Di Malaysia, kuda-kuda ini dilatih di bawah Riding for the Disabled Association (RDA) bertempat di The Royal Selangor Golf and Country Club.

Kuda-kuda yang dilatih sangat memahami tingkah laku kanak-kanak istimewa ini.

2. Pemilihan kanak-kanak atau murid.

Murid atau kanak-kanak yang perlu terapi berkuda mesti kanak-kanak yang boleh berjalan dan berdikari untuk mengelakkan kemalangan di tempat kuda.

Sebenarnya aktiviti terapi berkuda dikhususkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah postur, sensori dan tingkah laku.

Naik dan duduk di atas kuda memerlukan kanak-kanak mengawal postur duduk dengan betul, menyeimbangkan badan dan kekuatan untuk maintain the posture (trunk control, balance and strength).

Menaiki kuda juga mengajar kanak-kanak untuk berdisiplin mengikut protokol aktiviti dalam terapi.

Kanak-kanak yang sesuai untuk hippoterapi ialah Cerebral Palsy, Down Syndrome, Autism, Global Developmental Delay.

3. Peralatan.

Aktiviti berkuda menggunakan tali yang dipegang oleh kanak-kanak.

Hippoterapi tidak menggunakan tali pengikat.

Ia sepenuhnya bergantung kepada pergerakan badan kanak-kanak yang mengawal pergerakan kuda. Kuda tersebut dilatih untuk memahami pergerakan kanak-kanak.

Sebab itulah kuda untuk hippoterapi terlatih!

4. Pengendali kuda.

Sesiapa sahaja boleh mengendalikan kuda termasuk orang yang memegang kuda dan bawa kuda berjalan keliling padang. Ya, memang boleh!

Tetapi, untuk hippoterapi, hanya terapis yang terlatih dan mempunyai lesen sahaja dibenarkan untuk melakukannya.

Kuda pun terlatih, apatah lagi orang yang mengendalikannya, bukan?

5. Tujuan aktviti.

Aktiviti berkuda boleh dijalankan dalam kumpulan dengan menunggang mengelilingi padang. Dilakukan secara santai.

Manakala hippoterapi dijalankan secara individu untuk target kemahiran tertentu mengikut keperluan kanak-kanak.

Walauapapun, tak kiralah aktiviti berkuda atau hippoterapi, ia sangat bagus untuk kanak-kanak.

Banyak faedahnya kepada sosial emosi dan fizikal.

Dan ibu bapa juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak.

Dalam pendidikan khas, memang dianjurkan aktiviti berkuda dijalankan kepada murid berkeperluan khas.

Sekadar memberi info agar tidak keliru antara aktiviti berkuda dan hippoterapi.

Sekian daripada saya.

Mahfuzah Zainol
Occupational therapist yang pernah bawa klien ke RDA di The Royal Selangor Golf and Country Club suatu ketika dahulu. Sikit lagi nak jadi hippotherapist (training) tapi mengandung pulak, terpaksa batalkan hasrat dulu. 😅

Gambar semasa Terapi Berkuda di RDA, klien saya yang banyak kali masuk TV, an adorable cerebral palsy girl, Janna. 😄

Sesi terapi berkuda yang saya join dengan RDA ni pernah masuk ulasan berita di TV, channel berbahasa Mandarin. 😄 NTV7 rasanya. Lupa 😅 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us