September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Core strengthening activity

18 Feb 2018

Core Strengthening Activity

Core strength itu apa?

Core strength atau kekuatan badan sangat penting dalam aktiviti harian di rumah dan sekolah.

Mengapa Core Strengthening sangat penting?

Jika tiada core strength, mereka mudah letih walaupun sebenarnya mereka sihat secara fizikal.

Analoginya diibaratkan seperti ini. (Analogi yang tidak kreatif sangat) 😂

Bayangkan kita adalah sepohon pokok tanpa batang utama? Macam mana dahan nak tumbuh? Melalui apa daun-daun nak keluar bercambah kalau tiada batang utama?

(Anggaplah dahan dan daun itu adalah fine motor skills) 😅

Core ialah seperti batang utama sebuah pokok.

Jadi, aktiviti core strength adalah asas yang perlu diperolehi, seperti aktiviti gross motor bagi membentuk kestabilan dan kekuatan tubuh untuk terus mencapai kejayaan dalam fine motor skills.

Contoh aktiviti core strength ialah :

- Panjat guna kesemua 2 kaki dan tangan, sebaiknya seperti dinding atau tiang atau perabot
- Aktiviti tarik dan tolak
- Berguling dan merangkak
- Angkat barang dari pintu rumah ke dapur
- Somersaults!
- Kayuh basikal
- Kutip sampah
- Sapu sampah, mop dan sapu daun!

Perasan tak aktiviti core strength ini adalah aktiviti harian kita di rumah?

Ringankan tulang, bantu ibu bapa di rumah dan guru di sekolah.

Sambil memberi manfaat, sambil mendapat berkat, sambil membentuk kekuatan core strength.

Kalau cikgu di sekolah lakukan aktiviti gotong-royong bersihkan kelas dan kawasan sekolah, tak perlu kecam sebab anak kita buat kerja bawahan.

Fikirkan manfaat yang diperolehi.

Boleh bawa anak-anak ke taman permainan!

Core strengthening activity! 😅

Location : Putrajaya Challenge Park. Very friendly and safe environment for toddlers and beginners.

For intermediate and advance, please rent safety materials available at the park counter. 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol