September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

3 Permainan Merangsang Kemahiran Menggunakan Jari-jemari

16 Feb 2018

3 Permainan Merangsang Kemahiran Menggunakan Jari-jemari

Sebenarnya ada lebih daripada 3, namun saya kongsi 3 secara terperinci bagaimana permainan ini boleh bantu untuk kemahiran motor halus.

1. Pegboard

Rangsang pegangan pinching. Bagus untuk early development of pencil grip.
Kanak-kanak perlu pegang pegs dan masukkan dalam slot.

Ada pelbagai saiz pegboard. Untuk umur 2.5 tahun boleh guna pegs bersaiz besar.
Tapi kalau saiz besar, tak promote pinching grip, ia lebih kepada palmar grip.

Pegboard game promotes fine motor skills, bilateral coordination and eye-hand coordination.  



2. Geoboard

Rangsang kekuatan meregang getah menggunakan jari jemari.

Mereka perlu menarik getah dan sangkut pada pin bentuk paku.

Nak buat sendiri pun boleh. Guna soft board dan paku pin dibeli dari kedai alat tulis.

Aktiviti ini boleh mantapkan kemahiran koordinasi mata dan tangan, bilateral integration (penggunaan kedua belah tangan) dan menguji keamatan serta kesabaran.

Sesuai untuk umur 3 tahun ke atas. 

 


3. Theraputty

Mainan ini macam tanah liat yang berkualiti tinggi.

Ada tahap kekenyalan tertentu untuk rangsang kekuatan jari jemari.

Main putty ini bersama guli. Mereka perlu mengorek keluar guli daripada putty.

Boleh testing tahap kegelian mereka kepada benda melekit juga. Sensori.

Boleh ramas, picit, golek, pintal, cubit, tampar dan leperkan sesuka hati.

Mainan putty ini sangat bagus untuk mereka yang belum boleh pegang pensel.

Sememangnya aktiviti kemahiran motor halus ini adalah untuk rangsangan pada jari jemari.

Untuk kuatkan bahagian jari-jemari. 

 


Nanti saya kongsi lagi mainan-mainan untuk menguatkan jari-jemari khas untuk persediaan memegang pensel bagi kanak-kanak. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us