September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

"Umi...Khadijah nak kencing."

15 Jan 2018


Latihan ke tandas untuk kanak-kanak.

2 tahun : Boleh mula ajar untuk off diapers di siang hari.

3 tahun : Boleh mula ajar untuk off diapers sepenuh siang dan malam.

Bermula umurnya 2 tahun 6 bulan, saya cuba untuk off diapers. Namun, tidak berjaya dan saya penat kena mop.

Ada beberapa sebab proses latihan ke tandas tidak berjaya :

1. Tidak konsisten. (Saya hanya lakukan di hujung minggu, sepatutnya setiap hari)
2. Terlupa mengingatkannya ke tandas setiap 1 atau 2 jam.
3. Anak ini masih belum pandai londehkan dan pakai semula seluar sendiri. (Masih belum independent)
4. Semangat ibunya yang tidak kuat. (Hehe)

Apa yang peru dilakukan oleh ibu bapa?

1. Gunakan teknik bercerita untuk pergi ke tandas apabila rasa hendak kencing. Boleh guna visual story untuk ini juga. Siap letak gambar tandas original.
2. Ajar cara tarik seluar ke bawah dan ke atas. Seeloknya pakaikan seluar yang mudah ditarik ke atas dan ke bawah. Guna seluar getah di pinggang.
3. Untuk ibu bapa berkerjaya seperti saya yang hanya ada hujung minggu di rumah, boleh mula pada hari hujung minggu sahaja. Tapi kena siap sedia dengan mop. Boleh beli mop yang mudah diguna seperti yang dijual di GoShop atau WowShop. Hehe. Oopss. Prosesnya lambat sedikit berbanding latihan setiap hari.
4. Ajar cara menggunakan tandas dengan betul. Masuk, duduk, kencing, buka air, jirus, gosok, tutup air dan lap guna tuala. Buat simulasi dan demontrasi. 😂 Yes, kena ajar dengan demonstrasi ya.
5. Ajar untuk bawa ke tandas setiap 1 atau 2 jam. Jangan lupa ya. Kalau lupa yang ini, sila jangan stress kena mop lantai. 😜
6. Ajar untuk beritahu bila nak ke tandas. Cara nak sebut. Yang ini ambil masa. Namun insha Allah pasti berjaya!

Alhamdulillah, proses latihan ke tandas mengambil masa 4 bulan untuk berjaya. Tapi hanya berjaya untuk off diapers di siang hari sahaja. 😂

Namun saya rasa puas hati setakat ini sebab tak perlu lagi bimbang dia ke sekolah, sudah boleh bagitahu cikgu.

Dan lagi satu disclaimer, apabila dalam perjalanan jauh, kami sediakan diapers juga bagi keadaan apabila tiba masa nak kencing, R&R adalah 61km lagi di hadapan 😬

Pakaikan diapers apabila ada request nak kencing sahaja.

Itu perkongsian latihan ke tandas yang serba kekurangan.

Ibu bapa harus lakukan latihan ke tandas ini di rumah. Ya, mulakan di rumah. Bukan tunggu masuk sekolah baru mula ajar.

Kemahiran ini sangat penting. Sekurang-kurangnya ajar kemahiran untuk boleh bagitahu bila nak ke tandas. Supaya cikgu juga senang menguruskan.

My next target : Dry by night pula 😬

Mencabarnyaaa.. 🙈






 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol