September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

"Saya diminta ambil semula anak saya selepas 3 jam hantar dia ke sekolah di hari pertama persekolahan."

13 Jan 2018

Early Intervention Programme (EIP) vs Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika)

"Tadika tolak anak saya sebab tak boleh duduk diam."

"Saya diminta ambil semula anak saya selepas 3 jam hantar dia ke sekolah di hari pertama persekolahan."

"Cikgu cakap anak saya tak mahu dengar arahan dan agresif dengan kawan-kawan."

Apabila anak-anak menginjak usia 4 atau 5 tahun, ibu bapa mula mencari taman-taman didikan kanak-kanak yang berhampiran rumah atau yang sesuai dengan konsep yang diminati ibu bapa.

Ianya amat baik sebagai pendedahan awal atau persediaan ke sekolah dalam aspek sosial dan emosi serta tingkah laku terutamanya.

Banyak kes sejak dua tiga minggu pertama persekolahan ini berlaku berkaitan tentang ini. Tadika menerima semua kanak-kanak pada sesi pendaftaran. Namun, selepas seminggu atau dua minggu, didapati beberapa murid tidak sesuai berada di tadika kerana masalah tingkah laku dan sosial emosi.

Nah! Ibu bapa perlu mengambil semula anak mereka dan dipulangkan semua duit pendaftaran dan yuran. Itu biasa berlaku di kebanyakan tadika yang sukar mengawal anak-anak yang mempunyai masalah tingkah laku dan sosial emosi ini.

Sudah tentu ibu bapa panik dan kecewa.

Apa nak buat?

Jika ada anak-anak dengan masalah ini, dikhuatiri anak tuan/puan mempunyai masalah yang berat yang boleh mengganggu persekitaran sosial yang positif kanak-kanak lain.

Dan masalah ini sukar dikawal oleh guru tadika yang perlu mengawal kanak-kanak lain di samping mengikut jadual waktu yang diberikan.

1. Buat carian internet tentang perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosial emosi dan tingkah laku. 


2. Semak dengan umur anak anda. 


3. Berbincang dengan guru atau pemilik tadika. 


4. Cari tadika yang boleh menerima anak anda. 


5. Buat carian pusat intervensi awal kanak-kanak. 


6. Alternatif lain ialah sesi intervensi one to one bersama terapis.

Pusat Program Intervensi Awal Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) menawarkan program intervensi di bawah umur 7 tahun untuk kanak-kanak yang memerlukan perhatian yang lebih berbanding di tadika biasa.

Ciri-ciri EIP : 


1. Dikendalikan oleh terapis bertauliah.


2. Kandungan program intervensi boleh meliputi gabungan occupational therapy dan speech therapy dan pendidikan. 


3. Nisbah terapis/guru kepada murid yang kecil, 1 kepada 4 atau 5 orang murid. 


4. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan modifikasi dan adaptasi yang sesuai. 


5. Holistik dan child centred. Maksudnya objektif program adalah untuk membolehkan kanak-kanak ini berjaya dalam beberapa target. 


6. Kandungan IEP boleh mempunyai elemen-elemen seperti kemahiran motor, kemahiran kognitif, kemahiran berkomunikasi, pengawalan postur, sensori integration, pengurusan diri dan tingkah laku (dan sebagainya yang relevan dengan target).

Pada masa yang sama, perlu dapatkan assessment daripada pegawai bertauliah untuk mengetahui masalah anak anda.

Assessment yang dimaksudkan ialah berjumpa orang-orang dalam healthcare professional members.

Siapakah healthcare professional members?

1. Developmental psychiatrist - Medical Doctor
2. Paediatrician - Medical Doctor
3. Occupational therapist
4. Speech and language therapist/pathologist
5. Clinical psychologist
6. Audiologist
7. Dan lain-lain yang boleh memberi jalan kepada permasalahan anak anda.

Jika benar-benar anak anda ada masalah setelah berjumpa insan-insan di atas dan perlukan diagnosis, mohon dapatkan diagnosis daripada doktor bertauliah (yang pakar dalam developmental kanak-kanak).

Perkongsian kecil dari saya setelah 2 minggu pertama persekolahan menerima pertanyaan berkaitan hal ini 😄. 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol