September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

13 aktiviti persediaan ke sekolah

8 Jan 2018

📌13 School Readiness activities through sensory motor approach📌

Sebenarnya aktiviti persediaan ke sekolah bukan hanya bertumpu kepada akademik.

Akademik akan datang dengan mudah apabila mereka bersedia ke sekolah! Tanpa perlu susah payah mengajar mereka. Silap-silap, mereka yang balik rumah ajar ibu ayah ABC dan one,two,three. Kikiki.

13 aktiviti persediaan ke sekolah

☝🏻PERTAMA
Kemahiran motor kasar.
Aktiviti ini memberi impak kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran seperti kemahiran menulis, menumpukan perhatian, mengikut arahan, kemahiran sosial dan interaksi.

📌Bagaimanakah itu boleh berlaku?
Berlari, merangkak, membaling dan menangkap bola boleh merangsang fokus dan visual pesepsi yang digunakan semasa belajar!

✌🏻KEDUA
Merentasi paksi tengah.

What? Apa tu?
Ia merujuk kepada garis tengah yang memisahkan badan kepada dua bahagian yang simetri iaitu sebelah kiri dan kanan.

Merentasi paksi tengah bermaksud keupayaan badan seperti kaki atau tangan untuk bergerak merentasi bahagian badan lain ketika melakukan aktiviti.

Sebagai contoh, ketika menggunting, sebelah tangan memegang gunting dan sebelah tangan lagi memegang kertas.

Itulah aktiviti merentasi paksi tengah badan atau nama Inggerisnya midline crossing activities.

Ketiga..kita tunggu dulu, sebab perlu faham dua benda ini dahulu.

Aktiviti merentasi paksi tengah yang utama dalam persediaan ke sekolah!

Lihat gambar-gambar aktiviti merentasi paksi tengah yang dianggap remeh oleh sesetengah ibu bapa.
✍🏼 Menulis
🤛🏼 Mengelap meja
✂️ Menggunting

Ia merangsang fungsi kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Amat baik untuk kanak-kanak yang sel-sel otaknya mula berkembang dan berhubung itu.

📍Bengkel Persediaan ke Sekolah saya pada hari Sabtu ini akan menceritakan 13 aktiviti persediaan ke sekolah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan 'the reason behind it'.

Mengapa kita lakukan 13 perkara ini sebagai persediaan ke sekolah?

Saya akan sambung di post FB juga cuma lambat dan mungkin terlupa juga sebab banyak juga benda lain nak share.

Kalau saya lupa, ingatkan ya.

🔍Ada 2 seats lagi untuk ke Bengkel Persediaan ke Sekolah pada 7 Oktober ini. Insha Allah. 🔎 

 

 



 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol