September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Bagaimana nak tahu anak anda mempunyai masalah persepsi visual?

5 Jan 2018

📚Visual perception skills.

Perasan tak masa kita kecik-kecik dulu, buku aktiviti atau surat khabar ada slot cari benda tersembunyi, cari perbezaan dalam gambar dan mencari perkataan tersembunyi.

🖍 Aktiviti sebegitu merangsang kemahiran persepsi visual sebagai seorang manusia. Heh.

Seingat saya, buku tadika dulu-dulu banyak aktiviti menajamkan mata dan ketangkasan menggunakan mata untuk mengecam objek bergambar.

Buku tadika sekarang, saya kurang pasti sebab tak beli lagi (anak belum masuk tadika). 😅

Sebenarnya kemahiran persepsi visual adalah kemahiran otak untuk memproses maklumat apa yang kita lihat untuk memberi arahan kepada anggota badan supaya memberi tindak balas yang betul (formal sangat ayat). 😅

Atau dalam bahasa Inggerisnya (memperkasakan bahasa Inggeris),

📌Visual perception is about brain processing of what we see and then directing our body to take action accordingly. 📌

Kemahiran ini sangat penting untuk kanak-kanak.

Bagaimana nak tahu anak anda mempunyai masalah persepsi visual?

1️⃣ Kalau dia keliru konsep atas, bawah, dalam, luar, depan dan belakang, oh kiri dan kanan pun juga.

2️⃣ Kalau dia keliru huruf atau nombor yang seakan sama seperti, b dan d, o dan q, A dan 4, 2 dan Z dan macam-macam lagi.

3️⃣ Kalau dia selalu miss atau tertinggal perkataan yang dibaca atau ditulis.

4️⃣ Kalau dia selalu keliru arah dan direction. Haa, orang yang sukar membaca peta pun termasuk dalam kategori ini ya, tidak semestinya kanak-kanak sahaja. Hehe.

5️⃣ Kalau dia selalu miss out nombor ketika menulis kembali nombor tersebut di atas kertas. Biasa berlaku ketika menyalin dari papan putih ke buku atau menyalin semula nombor untuk membuat kiraan dalam buku latihan.

Ada banyak aktiviti untuk mengurangkan masalah visual perception ini.

⚽️ It is all about training and kecekapan.

🏓 It is about brain processing.

🎾 It is about visual and brain processing.

Insha Allah, dalam buku 'worksheet' terbaru nanti, ada 10 aktiviti di atas kertas yang melatih kemahiran persepsi visual ini.

Namun begitu, latihan persepsi visual bukan hanya di atas kertas, it can be ball activities or even creative art activities.

Setakat ini dahulu, nanti saya kongsi lagi.

😄😄😄
 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter