September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

"Anak saya berumur 3 tahun, baru disahkan autistik oleh doktor"

5 Jan 2018

"Anak saya berumur 3 tahun, baru disahkan autistik oleh doktor, eye contact tidak berapa bagus tapi masih ada respon jika dipanggil nama, percakapan masih babbling seperti bayi, bila disoal tidak boleh jawab seolah-olah tidak faham, masih tidak boleh menyedut, menghembus, menghisap, meniup atau menggunakan straw"

"Apa yang saya harus lakukan untuk anak saya?"

"Puan Mahfuzah ada keluarkan banyak buku tapi buku mana yang sesuai untuk anak saya?"

Ini adalah salah satu daripada banyak soalan-soalan yang ditanyakan kepada saya. Saya edit sikit supaya nampak lebih teratur.

Japawan saya.

"Untuk anak puan yang mempunyai masalah seperti dinyatakan, puan boleh lakukan ini" :

1. Saya cadangkan aktiviti yang boleh memberi arahan mudah kepada anak puan, arahan mudah itu bermaksud hanya satu arahan dalam satu situasi, contoh, sedang bermain tabung dan coins, beri arahan, 'masukkan coins dalam tabung' - boleh guna bahasa Inggeris atau bahasa lain juga.

Yang penting, si anak faham arahan itu. 😊
Ibu bapa demonstrate dan lakukan bersama, berulang-ulang disebut arahan tersebut sambil 'action'.

2. Saya cadangkan aktiviti gabungan gross, fine motor skills bersama sensory integration activities (sentuhan, pergerakan, dengar, lihat) - itu sudah cukup baik.

Contoh aktiviti menangkap bola - pergerakan, guna bole yang ada tekstur (kalau tiada pun tidak mengapa) - sentuhan.

Ibu atau bapa beri arahan untuk menangkap bola - dengar. Anak perlu menangkap bola yang dibaling - seharusnya perlu lihat bukan?!

Pemilihan aktiviti sangat penting untuk bermain bersama anak-anak anda di samping merangsang dan melatih perkara-perkara bermasalah tadi.

Gunakan pelat orang dewasa. Bukan pelat bayi.

3. Buku yang sesuai untuk anak puan ialah tiga buku ini kerana dalam buku ini ada contoh-contoh aktiviti dan panduan bagaimana melakukannya bersama anak anda :

⛱Teknik Intervensi Berfokus (2016)
⛱Kemahiran Manipulatif (2015)
⛱Kemahiran Motor Sensori (2017)

Terima kasih untuk puan yang bertanya. 😉

Sekian, untuk pagi ini. ☺️ 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol