September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak?

1 Jan 2018

Kemahiran Manipulatif

www.mahfuzahzainol.com

Baiklah, saya akan post mengikut bilangan soalan yang banyak ditanya kepada saya di Messenger.

Bagaimana untuk meningkatkan kemahiran manipulatif kanak-kanak?

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan tanpa kita sedari yang boleh meningkatkan kemahiran manipulatif seseorang individu.

Kemahiran manipulatif tidak terhad kepada kemahiran motor halus sahaja ya. Ia boleh melibatkan aktiviti kemahiran motor kasar juga. Asalkan aktiviti tersebut menggunakan alatan atau objek untuk dimanipulasikan.

Bermain bola juga merupakan kemahiran manipulatif.
Main badminton.
Hoki.
Ping pong.
And the list continues.

Naik basikal juga.
Bawa kereta pun melibatkan kemahiran manipulatif.
Siram pokok bunga.
Mencangkul.
Menggunakan pisau, sudu dan garfu.
Menggunakan tetikus.
Menuang air.
Menulis.

Kalau dah faham maksud kemahiran manipulatif, bolehlah fikir-fikirkan aktiviti-aktiviti harian yang kita lakukan sebenarnya adalah aktiviti kemahiran manipulatif.

Aktiviti kemahiran manipulatif sangat berkait rapat dengan kemahiran motor koordinasi, motor control, hand eye coordination, bilateral integration dan sebagainya.

Jadi, ibu bapa dan guru boleh menggunakan kreativiti pemikiran di abad baru ini untuk merancang aktiviti kemahiran manipulatif yang sesuai sebagai aktiviti anak-anak atau murid di sekolah.

Aktiviti kemahiran manipulatif boleh diintegrasi dalam pelbagai subjek lain mahupun aktiviti harian.

Bagaimana nak praktikkan kemahiran manipulatif dalam subjek Bahasa?

Saya tinggalkan persoalan untuk anda menjawab di ruang komen. Bolehkan? Hehe. 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol