September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Pernah dengar berkenaan murid yang dilahirkan tanpa pendengaran? Mereka boleh memakai Cochlear Implant.

21 Dec 2017

Have you heard about Cochlear Implant children?

Kanak-kanak yang menggunakan robotic gegendang telinga untuk mendengar.

Kos implan gegendang telinga ini memakan ratusan ribu ringgit. Biasanya pembedahan implan ini dilakukan ketika umur 1-2 tahun.

Mereka adalah dalam kategori murid berkeperluan khas, namun perlu ditempatkan di aliran perdana. Diulang, aliran perdana. Program Pendidikan Inklusif.

Sebab apa letak mereka di aliran perdana? Kerana mereka telah mendapat telinga baru dan keupayaan mereka harus menghampiri kanak-kanak tipikal. Boleh mendengar dan bercakap.

Pertuturan mereka mungkin kurang sempurna.

Perlu ada sesi terapi bersama Speech and Language Therapist dan Audiologist.

Senario terkini, terdapat murid-murid CI ini yang berada di aliran perdana (inklusif) yang kehadiran mereka tidak disedari oleh guru-guru kelas perdana.

Terdapat juga apabila guru perdana mengetahui mereka adalah murid CI, terus ditempatkan di Program Pendidikan Khas! Hah, apakah?! Semua nak 'sumbat' dalam pendidikan khas?

Hehe, contoh senario ye.

Cuma ditegaskan sekali lagi, murid CI ini bukan bermasalah dalam pembelajaran, mereka hanya mempunyai implan gegendang telinga. Yang lain, insha Allah tiada masalah.