September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Bagaimana mengesan dispraksia atau masalah Developmental Coordination Disorder (DCD) atau 'motor planning skills'?

20 Dec 2017

Dyspraxia

Bagaimana mengesan dispraksia atau masalah Developmental Coordination Disorder (DCD) atau 'motor planning skills'?

5 ujian ringkas bagi mengesan masalah ini dalam kalangan kanak-kanak.

1. Cuba baling bola tennis ke atas, tepuk tangan dua kali dan tangkap bola tenis tersebut.

Cubaan 10 kali.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah koordinasi tidak boleh menepuk tangan dan seterusnya menyambut bola ini walaupun sudah diberi percubaan 10 kali.

Biasanya akan jadi baling dan tangkap bola sahaja. Tiada tepuk tangan di situ.

Atau baling dan tepuk tangan sahaja, tiada tangkapan pula.

2. Cuba golekkan bola tenis dalam bentuk zig zag.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah tidak boleh melakukan aktiviti menggolekkan bola tenis dalam bentuk zig zag, biasanya akan jadi lurus sahaja.

3. Lakukan aktiviti membaling bola tenis dari tangan kanan ke tangan kiri.

Mereka tidak boleh membaling, biasanya hanya akan membuat pergerakan membaling sahaja.

4. Lakukan aktiviti memasukkan duit syiling ke dalam tabung.

Aktiviti ini merangsang fokus kepada aktiviti memasukkan ke dalam slot. Mata mesti lihat pada aktiviti.

Fleksibiliti pergelangan tangan untuk membuat adjustment ketika memasukkan duit syiling diperhatikan.

Cara memegang duit syiling diperhatikan. Menggambarkan kekuatan dan kematangan hand grip. Ada kanak-kanak menggunakan 'palmar grasp' untuk mengambil duit syiling dari atas permukaan rata. Menunjukkan hand grasp yang masih belum matang.

5. Cuba salin semula bentuk yang dilukis.

Mereka sukar menyalin bentuk, bentuk dilukis tidak sama seperti bentuk yang asal. Tiada bucu atau tidak kelihatan rupa langsung!

Jika mereka gagal melakukan lebih daripada dua aktiviti di atas, mereka berkemungkinan mempunyai masalah dalam motor coordination skills dan motor planning skills.

Keadaan ini menyebabkan mereka lambat menyalin, sukar belajar perkara baru dan lambat bertindak dengan arahan.

Apa yang perlu dilakukan?

Perbanyakkan aktiviti yang menggunakan kemahiran-kemahiran seperti di atas.

Latih supaya lebih banyak menggunakan mata, tangan dan kaki untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

😄👍🏼😄👍🏼

Nota :

Boleh mula untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

Jika 6 tahun ke bawah, gantikan bola tenis dengan bola besar. Dan tak perlu tepuk tangan. Cuma baling dan sambut sahaja.

Selamat mencuba! 😄 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol