September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

5 Jenis Bentuk Peneguhan Positif atau Ganjaran

11 Dec 2017

 

5 Jenis Bentuk Peneguhan Positif atau Ganjaran

Sebenarnya ada 9 jenis tapi saya hanya share 5 dulu, lagi 4 saya share di masa akan datang ye. Tak larat taip. 😄

1. Ganjaran fizikal
Contohnya memeluk, menggeletek dan ciuman

2. Ganjaran verbal
Contohnya seperti kata-kata pujian yg baik.

"Well done."
"Pandainyaaa...."
"Solehahnya anak umi."

"Bagusnya Khadijah ni..tolong umi basuh pinggan." (Walaupun hanya Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati umi perlu mengeringkan dapur yang basah kerana si dia hanya membasuh sebuah pinggan plastik IKEA berwarna biru)

3. Makanan
Contohnya seperti ais krim atau chocolate atau makanan yang anak suka.

Bab makanan ni, ada ibu bapa yang memang say NO to junk food. Yes, teruskan usaha untuk itu. Saya salute!!

As in my case, junk food like ice-cream or chocolate or biskut mahal (haha) saya bagi juga kadang-kadang sebab umi pun kadang-kadang craving juga. Oppss.

Oh, tapi saya masih berpantang ais krim dan ais selepas bersalin. Not yet. Tunggu dulu ais. Sebab dalam proses menurunkan berat badan. Haha.

4. Muzik atau aktiviti kegemaran
Contohnya suka dengar muzik video 'Didi and friends' or 'Omar and Hana' or lagu 'Shark dudududu'

Saya memang bagi syarat untuk satu pusingan VCD sahaja or boleh tengok waktu siang bila cerah sahaja. Saya suka beli VCD sebab boleh tengok kt TV besar berbanding laptop yang kecil.

Dah pasang tu, nyanyi lah sekali dengan anak ya. Supaya ada elemen kegembiraan di situ. 😄

'Macam ni gajah jalan...macam ni gajah jalan..' Sambil goyang-goyangkan badan.

(Aik, macam berkata kepada diri sendiri pulak, erkk)

Sebenarnya menyanyi sambil menari ini adalah satu bentuk 'action song' yang sangat baik untuk menambah vocabulary anak-anak.

Try this at home. Highly recommended.

5. Carta token atau bintang
Contohnya ibu bapa buat carta bintang, bila dah buat itu, satu bintang. And tambah lagi bintang tersebut jika ada tingkah laku yang baik dilakukan.

Bila sudah kumpul banyak-banyak bintang, let say dah dapat 20 bintang, boleh redeem dapat satu hadiah daripada ToysRUs atau satu mainan idaman.

Yang ini ibu bapa kena bijak sikit, kena bagi task berat-berat sikit untuk mereka kumpul bintang and redeem.

Ala-ala macam kita guna kad shopping AEON BIG ka, TESCO ka, bila dah kumpul point, boleh tukar dapat apa-apa.

Ibu bapa boleh buat macam ni untuk kanak-kanak besar. Bagi semangat sikit.

Cikgu kat sekolah pun boleh buat yang ini juga. 😄

Saya belum pernah buat yang ini lagi sebab tiada keperluan lagi. Hehe.

Sekian perkongsian tentang bentuk-bentuk peneguhan positif yang boleh diamalkan.

Diambil dari buku Strategi Pengurusan Tingkah Laku saya yang sedang berada di pasaran. 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol