September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

4 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

11 Dec 2017

Tingkah Laku Mencabar Kanak-kanak

4 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Being a parent myself, menyebabkan saya mengalami situasi-situasi masalah tingkah laku seperti di dalam video.

Ini yang sempat dirakam. Yang tak sempat.. hmmm..

Ni kira okay sikit sebab tempat luas, kalau kat rumah, hmmm...

Hmmmm..

Antara tingkah laku yang mencabar ialah mengamuk.

Dalam situasi saya sebagai ibu merangkap seorang occupational therapist kanak-kanak, sedikit sebanyak teknik modifikasi tingkah laku diaplikasi.

Ini yang sempat apply, yang tak sempat apply...hmmm

Dalam mengurus tingkah laku, antara strategi yang saya gunakan ialah

1. Bersabar.
Tidak melakukan kekasaran kepada anak selagi ia masih boleh dikawal. Erk, pernah juga apabila tahap kesabaran hilang, acara mencubit menjadi amalan. 😂

2. Tidak memberi perhatian.
Jika tingkah laku mencabar keimanan ditunjukkan di rumah, saya memang tidak pandang dan beri perhatian. Sedikit pun tidak menunjukkan reaksi.
Selepas si anak menyedari saya tidak mempedulikannya, dia datang dan memaksa saya memandang wajahnya.
Masa tu baru saya cakap saya tidak suka perbuatan itu.
"Umi tidak suka Khadijah buat xxxx"

3. Mengalihkan perhatian kepada benda lain.
Biasanya kalau Khadijah menangis nak sesuatu benda yang sudah habis atau sudah tumpah, saya akan memberikan idea atau pilihan lain untuk menggantikan perkara itu.
Dan berkata, "Guna yang ini dulu."

Hmm.. kadang berkesan, kadang kurang berkesan. Tapi selalunya berkesan setelah saya berkata, "Nanti umi ganti yang baru."
😂

4. Meneruskan rutin.
Saya suka untuk teruskan dengan rutin tanpa mempedulikan sikap mengada-ngada atau mengamuk itu.
Disebabkan Khadijah jenis yang sukakan perhatian, jika saya tidak pedulikannya, dia akan rasa gelisah dan resah.

Makanya, untuk mendapat perhatian, dia akan cuba mendapatkan perhatian saya semula.

Selalunya, Khadijah akan menunjukkan tingkah laku tidak mendengar kata jika saya menyuruhnya menyimpan mainan.

Huh.. letih.. terpaksalah saya meneruskan rutin mengemas mainan sambil memancing "Lepas kemas mainan, umi bawak pergi taman mainan. Kalau kemas mainan baru umi bawak. Kalau tak kemas, umi tinggal Khadijah."

Dan pada waktu itu, dia akan sama-sama mengemas dengan saya.

Prinsip penting, KOTAKAN JANJI ITU KEPADA ANAK ANDA. 

 

 


Selepas kontrak atau syarat dibuat, perlu dilaksanakan. Janji ditepati, bukan dicapati. 😁

Jadi, kalau rasa masal nak keluar, but syarat yang simple sahajalah. Macam 'dah kemas mainan, umi bagi mainan umi'.

Untuk pengetahuan semua, mainan umi adalah mainan EXCLUSIVE pada pandangannya. Sebab hand made. Hehe.

Sedikit perkongsian pengalaman saya mengenai tingkah laku.

Ia mungkin berbeza dengan anda. Jika nak share pengalaman anda, silakan tulis di komen. Saya suka baca. 😄 

Share on Facebook
Share on Twitter