September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

"Saya ada murid berumur 8 tahun. Non-verbal"

8 Dec 2017

Presented case. 

 

Seorang guru Pendidikan Khas bertanya saya. 

"Saya ada murid berumur 8 tahun. 

Non-verbal" 

 

☝🏻 Penting untuk tahu umur sebagai baseline development. Kanak-kanak non verbal, maka dia ada masalah menyatakan kemahuan dan kehendak. Cara berkomunikasi dengannya boleh guna visual cues atau arahan berbentuk visual. Untuk lebih lanjut, sila rujuk Speech Therapist dalam Pendidikan @Iffah. 

 

"Suka letak tangan di telinga." 

 

☝🏻Menunjukkan ada sensori issue di situ. Over responsitivity terhadap auditori input. Nak kurangkan tingkah laku ini boleh guna kaedah social story menggunakan cerita bergambar. Rujuk Speech Therapist. 

 

"Kurang menggemari aktiviti fizikal terutamanya yang melibatkan pergerakan bahu, lengan dan tangan. Saya sudah lakukan aktiviti motor kasar, seperti main bola, wheelbarrow walk, commando crawl, bouncing gymball dan mcm-mcm lagi melibatkan tangan."

 

☝🏻 Menunjukkan ada masalah kemahiran motor kasar terutama dalam koordinasi motor dan kawalan motor. Teruskan aktiviti ini, sangar bagus untuk dia. 

 

"Dia ambil masa lama juga untuk baling dan tangkap bola."  

 

☝🏻 Masalah dalam motor planning skills dan visual motor skills and perception. Boleh guna bean bag sebagai ganti bola. Buat aktiviti membaling masuk bakul atau sasarkan kepada bekas tertentu supaya ada sense of achievement di situ. 

 

"Pegang pensel pun with cylindrical grasp. Parent's concern adalah handwriting." 

 

☝🏻 Pegangan jenis ini ialah immatured grip. Umur 2-3 tahun. Jelas sekali masalah kemahiran motor halus. Saya cadang untuk guna theraputty atau sebarang permainan menggunakan jari jemari untuk kuatkan finger strength. 

 

Untuk pencil grip, jika perlu guna alat bantuan atau adaptasi, atau saiz pencil lebih besar, silakan tetapi harus dicuba terlebih dahulu kerana tidak semua bantuan pencil grip sesuai untuk semua kanak-kanak. 

 

Saya cadang aktiviti menulis sambil meniarap selama 5 minit sehari untuk develop the shoulder strength and hand stability ketika memegang pensel. 

 

"Dia boleh scribble."

 

☝🏻 Menconteng adalah fasa pertama dalam 5 perkembangan kemahiran menulis which is untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun. 

 

Variasikan kaedah menconteng di atas permukaan berbeza menggunakan pasir, buih sabun, tepung dan lain-lain berbentuk sensori. 

 

"Saya cuba buat dengan dia utk sambut 2 titik untuk buat garisan simple. Dia boleh tapi perlu support di pergelangan tangan." 

 

☝🏻 Guru ini menggunakan physical prompts (support di pergelangan tangan) untuk membantunya membuat kawalan motor semasa memegang pensel. Boleh teruskan. 

 

Menyambung titik-titik adalah fasa ke-2 dalam 5 fasa perkembangan menulis (Rujuk buku Kemahiran Menulis dan Mewarna, Mahfuzah Zainol, 2015). Memang ini adalah fasa yang sepatutnya dia belajar dan guru aplikasikan pendekatan scaffolding untuk mencapai objektif ini. 

 

Untuk kaedah ini, guru boleh pelbagaikan kaedah dengan menjadikan titik-titik itu timbul agar ada unsur tactile atau sentuhan. 

 

 

Boleh guna kaedah kepelbagaian sensori untuk ini. Guna velcro atau blue tack untuk aktiviti menggantikan pensel dan kertas.  

 

Boleh guna cop atau cat air menggantikan aktiviti menulis. 

 

Rujuk Pinterest.com dan FB Planning Playtime untuk idea menarik dalam PdP.

 

Sedikit perkongsian dari saya yang tahu sikit-sikit. Jika ada ibu bapa atau guru atau terapis yang ingin menambah, silakan. 😄

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol