September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Occupational therapy Screening di Zensori

8 Dec 2017

Jom esok!

Occupational therapy Screening di Zensori.

9 December 2017

Perlu mendaftar untuk slot screening ini. Setiap sesi screening adalah satu jam untuk seorang kanak-kanak beserta konsultasi bersama ibu bapa.

 

Apa beza screening, assessment dan diagnosis?


Screening ni adalah penilaian awal untuk sesuatu masalah. Umpama hendak melihat secara keseluruhan kemahirannya anak ini di peringkat mana? Apa kekurangannya dan di mana dan bagaimana dia boleh dibantu.

Selepas screening, jika ada masalah, perlu rujuk kepada yang lebih pakar untuk assessment (ax) lanjutan dan pengesahan pakar.

Assessment (ax) pula adalah siri penilaian berstruktur dan tidak berstruktur. Yang berstruktur menggunakan standardised ax yang mempunyai kesahan yang tinggi untuk mengukur sesuatu aspek kemahiran, contoh ax for visual perception, ax for handwritinf dan lain-lain lagi.

Ax tidak berstruktur pula ialah menggunakan pemerhatian terapis dalam konteks kanak-kanak tersebut. Untuk ax tidak berstruktur ini, bergantung kepada kepakaran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang tersebut oleh seseorang terapis dan didasari dengan framework yang jelas. Jika terapis itu membuat pengujian sistematik kepada ax yang dibinanya sendiri itu, boleh diwartakan menjadi ax berstruktur yang boleh digunapakai di seluruh dunia. Hehe.

Selepas ax, harus ada intervention untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Diagnosis pula ialah pengesahan sesuatu masalah dan ianya wajib dilakukan oleh doktor bertauliah. Terapis tidak boleh memberi diagnosis.

Namun, semua keputusan screening (penilaian awal) dan assessment daripada terapis, hatta laporan bertulis daripada terapis juga boleh membantu pakar bertauliah membuat keputusan diagnosis.

Membuat diagnosis bukanlah perkara mudah kerana ia memberi impak kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa kanak-kanak tersebut. Tekanan atau pressure banyak terletak di bahu pakar pengesahan diagnosis sebenarnya.

Dengan diagnosis, anak anda layak mendapat kemudahan dalam pendidikan seperti masa tambahan dalam peperiksaan dan lain-lain berkaitan. Hal ini saya akan tulis di lain waktu ya kerana ada SOP yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan kemudahan ini.

Apa-apapun, kesemua hasil screening, assessment dan diagnosis sangat penting dalam merancang item Rancangan Pendidikan Individu (RPI) seseorang murid.   

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol