September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Being a breast feeding mom wherever you are

8 Dec 2017

Being a breast feeding mom wherever you are.

I always intended that I want to fully feed my children with my own milk.

Dan berdoa supaya Allah permudahkan niat murni ini.

Adakalanya, sebagai ibu bekerjaya, perlu mengembara dan bermalam di luar kawasan radar (rumah).

Tuntutan kerjaya.

Pam susu haruslah menjadi peneman mewakili bayi yang ditinggalkan di rumah.

I would like to share my international traveling experience managing all the 'susu'.

Alhamdulillah, susu yang dipam di Bandung minggu lepas selamat semuanya. Frozen well walaupun setelah sampai di rumah.

A few tips for mummies who are traveling overseas without your baby.

1. Bring your own breast pump. Beserta charger (please jangan lupa charger, jika tidak sia-sia sahaja bawa breast pump). 😄

Saya guna Spectra, jadi charger hanya guna di hotel sahaja.

2. Bring your breast milk storage bags.
Saya guna plastik berbanding botol untuk menjimatkan ruang dan memudahkan penyimpanan.

Saya guna yang saiz kecil-kecil untuk sekali simpan.

3. Bring a nursing cover.

Sangat penting kerana dengan cover ini anda boleh mengepam susu pada bila-bila masa tanpa orang sekeliling menyedari bahawa anda sedang mengepam susu ketika berbual-bual dengan mereka!

Hehe. Did it! And survived!
Saya pam setiap 4-5 jam sekali.

4. Reusable ice pack.

Berguna untuk menyimpan susu sementara sebelum sampai di tempat penginapan yang ada peti sejuk (freezer).

Sebabnya, susu badan yang telah dipam, bertahan selama 4 jam sahaja pada suhu bilik.

Jadi, kalau guna ice pack, boleh tambah masa susu bertahan dua hingga tiga jam lagi.

Selepas pam susu, saya simpan dalam beg susu beserta ice pack, apabila sudah selesai bertugas dan tiba di hotel, saya akan mohon room service untuk simpan susu saya dalam freezer mereka.

Semasa di hotel juga, sila buat ice pack tambahan menggunakan plastik storage susu yang diletak air untuk diselang-selikan dengan susu nanti.

Untuk proses membawa pulang susu frozen, saya akan bawa bawa beg khas untuk diletak dalam kargo (depending on your time travel dalam flight).

Kalau tempoh flight lebih dari 5 jam, eloklah disimpan dalam beg cooler yang lebih proper.

Jika tempoh perjalanan kurang daripada itu, letak dalam beg susu bertutup juga sudah memadai.

Alhamdulillah. Boleh letak dalam beg kargo dan bawa pulang susu-susu itu untuk dinikmati oleh bayi anda. 😄

Saya belum pernah cuba bawa susu naik ke atas flight as hand carry.

Boleh ke?

Sedikit perkongsian daripada saya sebagai ibu menyusu yang bekerja yang kadang-kadang ada masa mengembara dan bermalam di luar daerah.

🍼🍼🍼🍼🍼

730 hari penyusuan ibu. 2 tahun.

Baru 120 hari.. 😂 4 bulan..

Doakan saya. 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol