September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Memegang Pensel dan Perkembangannya

7 Dec 2017

Memegang Pensel dan Perkembangannya.

Seorang occupational therapist kebiasaannya menerima klien yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis.

Tidak dapat lari dari realiti bahawa memasuki umur persekolahan, yes, anak anda sememangnya harus boleh memegang pensel.

Jika dilihat dari segi perkembangan kanak-kanak juga, mesti ada peringkat, 'able to draw shapes'.

Yes, able to draw shapes, not alphabets or numbers. 

 

 

 

 

 


Namun realiti di Malaysia, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.

Memegang pensel boleh menjana kemahiran visual persepsi, koordinasi motor dan kreativiti (as it stimulates left and right brain to function).

Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga.

Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka.

Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.

Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.

Fasa 1 : Menconteng
Umur 1-2 tahun
Gunalah apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk menconteng. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi dan sebagainya.

Fasa 2 : Menekap
Umur 2-3 tahun
Fasa ini boleh guna dot-to-dot atau garisan putus-putus.

Fasa 3 : Meniru
Umur 3-4 tahun
Ketika ini peranan ibu bapa untuk mengajar membuat gerakan bentuk untuk menulis dan melukis. Belajar melukis.

Fasa 4 : Menyalin
Umur 4-5 tahun
Boleh mula menyalin bentuk-bentuk yang dilihat, pada masa yang sama practising visual perceptual skills. Sangat baik.

Fasa 5 : Menulis melalui memori
Umur 6 tahun ke atas
Peringkat ini sudah boleh ajar menulis nama sendiri. Boleh 'pick' nama pendek dahulu ya. Nama penuh boleh belajar kemudian.
Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory.
Gunakan teknik forward and backward chaining.
Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama. 😄

Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien saya. Sangat berkesan.

Sekarang, sedang praktik dengan anak sendiri pula.

Dalam kempen 30 minit sehari bermain bersama anak anda, boleh buat aktiviti menulis ini.

Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!

Apakah permukaan selain daripada kertas?

Boleh share atau letak gambar yang anda biasa buat kemahiran menulis dengan anak anda selain dari kertas di ruang komen tak?

Boleh ambil idea anda jugak ni!! Please share your pictures here. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol