September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Program Outreach Linus Kementerian Pendidikan Malaysia.

1 Jun 2017

Sepanjang berkhidmat di Kementerian Pendidikan as an occupational therapist, banyak pengalaman bersama murid di pedalaman semasa awal perkhidmatan saya.

Banyak pulau diredahi untuk menemui mereka. Pedalaman Sabah, Sarawak dan juga Kedah serta negeri-negeri lain. Naik bot meredahi sungai berbuaya dan meredahi jalan berbalak untuk samlai ke destinasi.

Ini saya share gambar-gambar semasa program OUTREACH di negeri Kedah.

Semasa program OUTREACH ini, tugas sebagai terapis adalah membuat screening singkat kepada murid-murid yang tidak melepasi Konstruk 1 dan 2 dalam LINUS pada umur 9 tahun. Mereka murid di aliran perdana, bukan pendidikan khas.

Memang agak lambat namun, kalau buat awal sangat, ramai tidak berpuas hati sebab awal sangat. Kena beri masa juga. Jadi, masa sudah diberi memang lama, sehingga 9 tahun. 😊

Konstruk 1 dan 2 dalam LINUS ialah kebolehan untuk mengenal huruf dan membaca KVKV (baju, buku, saya, susu). Bukan membaca perkataan kompleks seperti 'bertanggungjawab' dan lain-lain.

Sesungguhnya ketika Program OUTREACH, saya dapat menyaksikan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam hal seseorang murid itu.

Saya kongsi sedikit pengalaman saya ya.

Ada guru nak tolak murid ke pendidikan khas sebab susah diajar di kelas perdana.

Ada ibu bapa mahu anak mereka didiagnos sebagai OKU dan masuk pendidikan khas kerana inginkan duit Elaun Murid Khas, RM150 sebulan.

Ada ibu bapa yang masih 'denial' dan memarahi pihak doktor dan pasukan disiplin walaupun terang-terangan pihak doktor dan pasukan disiplin memberi diagnosis terhadap anak mereka.

Ada murid tiada masalah, namun ada masalah emosi dan psikologi kerana masalah keluarga. (Yang ini memang banyaaaakkkkk).

Ada murid disebabkan masalah kewangan dan tidak hadir ke sekolah.

Ada murid tidak datang sekolah sebab tinggal terlalu jauh dalam hutan.

Ini baru sedikit yang saya kongsi, hehe sebenarnya ada banyak lagi perkara suka duka dan pahit manis semasa program.

Hehe.

Masa ni I muda lagi belum ada anak, hehe. Nampak seri baru kahwin di wajah itu. Huhu