September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Pendidikan Khas dan Kesediaan ke Sekolah

1 Jun 2017

Dalam bengkel baru-baru ini bersama ibu bapa (tertutup), suatu 'findings' yang agak mengejutkan saya.

Daripada 40 orang ibu bapa, hanya 3 orang sudah dan dalam proses memohon kad orang kurang upaya untuk anak mereka.

Daripada 40 orang ibu bapa tersebut, 60 % menyatakan bahawa anak mereka hanya 'speech delay'.

Setelah bertanya dan berdiskusi secara eksklusif dengan speech therapist tengah hari tadi, barulah saya faham maksud speech delay.

Speech delay adalah keadaan kanak-kanak yang hanya lewat sedikit daripada julat umur sepatutnya bercakap. Contohnya, umur 2 tahun tapi tahap pertuturan seperti 1.5 tahun atau setahun.

Tapi, kalau umur dah 5 atau 6 tahun, tahap pertuturan masih seperti umur setahun atau dua tahun, itu bukan speech delay, itu namanya 'language disorder' yang memerlukan terapi pertuturan bersama pakar.

Berbalik kepada sesi bengkel tadi, dapatan daripada 40 orang ibu bapa tadi amat mengejutkan saya juga kerana kebanyakan mereka tidak tahu berkenaan sistem persekolahan untuk anak mereka yang berkeperluan khas di Malaysia.

Itu baru 40 orang ibu bapa.

Saya tidak mahu mencari salah siapa, tetapi akan berusaha untuk 'educate' ibu bapa untuk tahu hak anak mereka dalam pendidikan khas ini.

They should know their rights.

Insha Allah, create the awareness. 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol