September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Adakah Anak Anda Selalu Duduk dalam Posisi W?

9 Dec 2016

Dalam kebanyakan bengkel yang saya beri, saya selalu tekankan tentang pengurusan postur badan ini.

 

Ianya sangat penting kerana mempengaruhi produktiviti seseorang kanak-kanak dalam 'functional activities' sama ada di rumah mahupun di sekolah.

 

KEPENTINGAN

  • Melancarkan perjalanan darah ke otak

  • Melancarkan fungsi otak – kesan kepada kognitif

  • Mengelakkan kecederaan fizikal

  • Pembesaran tulang yang sihat

  • Menghilangkan mengantuk

  • Meningkatkan tumpuan dalam pembelajaran

 

W postur

  • Contoh postur atau kedudukan duduk yang untuk kanak-kanak. Ia adalah petanda kanak-kanak mempunyai otot badan yang lemah.

 

  • Sekiranya dibiarkan, kanak-kanak akan mengalami masalah untuk berjalan dengan betul dan seimbang. Ia menyebabkan keadaan tapak kaki menghala terlalu ke dalam atau ke luar (in-toeing or out-toeing).

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Dalam keadaan posisi W, tulang punggung berada dalam keadaan terbuka ().

  • Ia menyebabkan sendi punggung, lutut dan pergelangan kaki berpusing daripada posisi normal.

 

  • Kedudukan kaki yang bersilang akan wujud sekiranya kedudukan ini dibiarkan.

 

  • Cara untuk betulkan posisi duduk:

  • Duduk bersila

  • Duduk melunjurkan kaki ke hadapan

  • Duduk di atas kerusi

 

 

 

 

Duduk dengan cara begini boleh menyebabkan scoliosis atau keadaan tulang belakang yang membengkok membentuk huruf S.

 

 

 

 Info ini terdapat dalam buku Pendekatan Terapi Carakerja untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas.