September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Kemahiran Kognitif

5 Dec 2016

 

Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Kemahiran kognitif adalah berbeza dengan akademik. Namun begitu, kemahiran kognitif yang tinggi membolehkan seseorang murid berkeperluan khas belajar seperti murid tipikal yang lain.

 

 

 

 

 

 

KEPENTINGAN

 

Daripada aspek terapi carakerja, kemahiran kognitif amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran dalam semua bidang perlaksanaan aktiviti terutamanya penjagaan diri, bermain dan sekolah.

 

Kemahiran kognitif amat penting dalam aktiviti pembelajaran seperti pengurusan diri, bermain dan persekolahan. Sebagai contoh, kemahiran ini penting untuk seseorang kanak-kanak memahami arahan, membezakan warna, objek dan bentuk.

 

 

          Adalah amat penting untuk ibu bapa dan guru memahami keupayaan kognitif seseorang kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran kerana ia menentukan jumlah bantuan yang diperlukan, jumlah pengulangan yang perlu diberikan dan peneguhan yang diperlukan untuk proses pembelajaran mereka.

 

 

Kepentingan mengetahui tahap kemahiran kognitif kanak-kanak ialah untuk ibu bapa dan guru memahami :

 

  • Jenis arahan yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak

  • Jumlah bantuan yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut

  • Jumlah pengulangan yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut

  • bentuk peneguhan yang diperlukan untuk proses pembelajaran kanak-kanak tersebut samada berbentuk ganjaran, peneguhan positif seperti tepukan dan pujian ataupun peneguhan negatif seperti mengambil barang yang disukai

 

Terdapat 2 komponen kognitif iaitu tahap rendah dan tahap tinggi. 

 

Untuk kognitif tahap rendah, fokus diberi kepada 3 komponen utama iaitu Memori, Perhatian dan Pemikiran. 

 

 

  •  

     

     

  •  

     

     

  •  

     

    Rujukan :

    Mahfuzah Zainol, 2016. Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif.

     

     

     

     

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol