September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Masalah Pemprosesan Sensori (Sensory Processing Disorder)

4 Dec 2016

Masalah Pemprosesan Sensori atau Sensory Processing Disorder (SPD)

Merupakan keadaan di mana otak mempunyai masalah untuk menerima dan memberi respon kepada maklumat yang diterima melalui deria. SPD  juga turut dikenali sebagai Sensory Integration Dysfunction (SID).

 

Masalah sensori ini sering disalah anggap sebagai masalah tingkah laku sedangkan ianya adalah masalah sensori. Kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri Autisme.            

 

Kebiasaannya, kanak-kanak yang menghidapi SPD akan mempunyai masalah terlalu sensitif terhadap persekitaran mereka. SPD boleh melibatkan satu atau pelbagai jenis deria.

Masalah modulasi sensori

Masalah modulasi sensori merupakan kesukarandalam modulasi, membezakan danmengorganisasikan input sensori yang menyebabkan :

  • Kesukaran untuk mengawal diri dalam bentuk  tahap ransangan yang diklasifikasi sebagai kurang atau terlebih tindakbalas terhadap input sensori.

  • Kesukaran untuk berinteraksi secara berkesan terhadap kehendak persekitaran, hubungan dan tugasan.

  • Kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cabaran dalam kehidupan seharian.

 

Antara masalah modulasi sensori ialah :

  1. Sensori terlebih tindakbalas (over-responsivity)

  • Respon yang cepat terhadap ransangan sensori.

  • Contohnya:

    • Kanak-kanak akan merasa tidak selesa (menutup telinga atau menjerit ketakutan) apabila mendengar  bunyi yang kapal terbang atau mesin rumput sedangkan bunyi tersebut merupakan bunyi yang biasa kepada kanak-kanak tipikal.

 

 

 

 

 

  1. Sensori kurang tindakbalas (under-responsivity)

  • Respon yang lambat terhadap ransangan sensori.

  • Memerlukan intensiti ransangan yang tinggi atau tempoh yang lama  untuk mendapatkan tindakbalas tingkah laku.

  • Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang pasif.

  • Contohnya:

    • Kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang tingkah laku menandakan kegelian apabila digeletek oleh ibu bapa atau guru. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu memerlukan intensiti sentuhan yang lebih banyak untuk membuatkan rasa kegelian.

 

 

 

 

  1. Sensori kehendak (seeking/craving)

  • Secara aktif mencari sensasi dengan cara yang tidak boleh diterima dari segi sosial.

  • Biasanya berlaku kepada kanak-kanak yang hiperaktif.

  • Contohnya:

    • Sensori kehendak di bahagian mulut menyebabkan kanak-kanak akan memasukkan semua benda atau bahan yang dijumpainya ke dalam mulut. Kanak-kanak juga akan menjilat-jilat semua benda atau bahan yang dijumpainya.

    • Sensori kehendak pada deria sentuhan dan proprioseptif menyebabkan kanak-kanak suka bergerak, menyentuh dan memanjat sebarang objek untuk merasai pengalaman tersebut.

 

 

 

Rujukan :

Mahfuzah Zainol, 2015. Buku Teknik Persediaan Sensori dalam Pendidikan Khas. Malaysia. 

 

Mahfuzah Zainol, 1986-

ISBN 978-967-12471-2-9

1. Children with disabilities -- Educationj 

2. Sensory disorders in children 

I. Judul.

371.91

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol