September 11, 2018

Please reload

Recent Posts

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

1. Mendapatkan perhatian

Biasanya mereka inginkan perhatian lebih-lebih lagi jika ibu bapa atau...

5 punca tingkah laku mencabar kanak-kanak ditunjukkan?

February 28, 2018

1/10
Please reload

Featured Posts

Sensori dan Pembelajaran Kanak-kanak

3 Dec 2016

 

 

 

Sensori merupakan perakara yang amat penting dalam perkembangan kanak-kanak.

 

Selalunya kita terlalu berfokuskan kepada keupayaan kognitif dan melupakan keperluan sensori kanak-kanak. Sebenarnya kemahiran kognitif kanak-kanak akan menjadi lebih baik apabila keperluan sensori,  perkembangan sensori motor dan perkembangan persepsi motor berkembang dengan baik.

 

Sebab itulah ketika awal usia perkembangan kanak-kanak, aktiviti berbentuk sensori perlu diperkenalkan bagi membolehkan kanak-kanak menerokai persekitaran melalui deria sensori.

 

Terdapat 7 deria sensori yang perlu diberi perhatian.

 

Visual

Auditori

Sentuhan

Rasa dengan lidah

Hidu

Pergerakan (Proprioception)

Keseimbangan (Vestibular)

 

Aktiviti sensori motor lebih berbentuk aktiviti fizikal atau kemahiran motor kasar.

 

Aktiviti sensori persepsi pula adalah berbentuk daya tumpuan dan keamatan yang diperlukan dalam aktiviti persediaan ke alam persekolahan formal.

 

Latihan aktiviti sensori perlu selari dengan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, biarkan kanak-kanak bermain dalam situasi yang membolehkan pembelajaran berbentuk kepelbagaian sensori!

 

Bermain permainan interaktif di iPad atau Tablet hanya melibatkan deria sensori visual, sentuhan dan pergerakan yang minimum. Seeloknya dedahkan mereka kepada permainan alam yang lebih benyak penerokaan deria.

 

Selamat bermain!

 

Dan kemudian kanak-kanak boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran formal setelah keperluan sensori dipenuhi.

 

Sama analoginya seperti apabila kita belum makan, kita belum pasti boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti harian bukan?!!!

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Follow Us
Search By Tags
Please reload

Archive
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

© 2019 Mahfuzah Zainol