TEKNIK PERSEDIAAN SENSORI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Buku ini merupakan buku ketiga yang dihasilkan untuk memberi panduan kepada guru-guru pendidikan khas dan juga ibu bapa yang mempunyai anak istimewa tentang teknik-teknik persediaan sensori.

Buku ini berfokuskan tentang segala aspek berkaitan masalah sensori dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Buku ini mengupas kepelbagaian sensori deria kanak-kanak yang menjadi tunjang dan asas dalam pembelajaran kehidupan harian. Buku ini turut mengajar teknik berkaitan intervensi sensori.

 

Terdapat 7 jenis teknik persediaan sensori yang difokuskan dalam buku ini. Buku ini dipersembahkan dengan gambarajah langkah demi langkah untuk setiap pelaksanaan teknik persediaan sensori untuk kanak-kanak

Teknik persediaan sensori ini boleh dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah bersama anak mereka dan juga untuk para guru pendidikan khas yang mendidik murid berkeperluan khas di sekolah.

 

Bagi para guru, pendedahan teknik ini boleh diamalkan sebelum setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula (PdP). Buku ini juga merupakan buah tangan berguna kepada ibu bapa dan guru yang ingin mempelajari teknik persediaan sensori yang mudah untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

Isi Kandungan

Contoh Gambar Dalam Buku

© 2019 Mahfuzah Zainol