Buku Latihan Aktiviti Pra-Menulis Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Buku berbentuk latihan ini dihasilkan untuk memberikan latihan pra-penulisan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak mempunyai masalah kawalan otot tangan yang serius. Ianya sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang dari kategori lewat perkembangan, Autisme, ASHD, ADD, Dyslexia, Down's Syndrome, Cereral Palsy (yang tidak serius) dan masalah pembelajaran secara umum.

Namun demikian, bagi kanak-kanak yang dari kategori Cerebral Palsy yang serius (iaitu lemah kawalan otot tangan), Hydrocephalus dan Microcephalus, adalah tidak digalakkan untuk melakukan latihan pra-penulisan melalui buku ini tetapi sebaliknya adalah sesuai untuk menggunakan alternatif lain sebagai latihan menulis.

Buku ini adalah hasil daripada modifikasi teknik pra-penulisan mengikut perkembangan umur kanak-kanak tipikal yang mana proses pra-menulis untuk kanak-kanak diubah sedikit bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas menulis garisan dengan baik walaupun mempunyai kesukaran untuk bercakap dan berkomunikasi.

Oleh kerana itu, turutan huruf, nombor dan bentuk yang ditulis adalah tidak mengikut susunan yang betul sebaliknya adalah mengikut garisan yang sesuai untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas menulis dengan baik.

Jadi, buku latihan ini amatlah sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang melalui intervensi awal atau yang baru hendak memulakan aktiviti pra-menulis setelah dinilai oleh Jurupulih Carakerja.

Buku ini mempunyai 12 bahagian pembentukan garisan bermula daripada pembentukan garisan lurus sehingga pembentukan garisan sukar. Asas dan persediaan kepada proses pra-menulis juga disediakan di dalam buku ini seperti aktiviti motor halus, persediaan memegang pensil serta posisi yang betul ketika proses pra-menulis dijalankan.

Buku ini sesuai untuk dijadikan latihan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan juga kanak-kanak tipikal di peringkat 2 tahun ke atas. Buku ini juga sesuai digunakan oleh ibu bapa, guru-guru dan Jurupulih Carakerja untuk diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sebagai aktiviti pra-pernulisan.

Isi Kandungan

Contoh Gambar Dalam Buku

© 2019 Mahfuzah Zainol