Search
  • Anak Istimewa

Aktiviti Meningkatkan Tumpuan Visual Dan Daya Fokus




3 ujian ringkas menggunakan bola


1. Cuba baling bola tennis ke atas, tepuk tangan dua kali dan tangkap bola tenis tersebut.


Cubaan 10 kali.


Kanak-kanak yang mempunyai masalah koordinasi tidak boleh menepuk tangan dan seterusnya menyambut bola ini walaupun sudah diberi percubaan 10 kali.


Biasanya akan jadi baling dan tangkap bola sahaja. Tiada tepuk tangan di situ.


Atau baling dan tepuk tangan sahaja, tiada tangkapan pula.


2. Cuba golekkan bola tenis dalam bentuk zig zag.


Kanak-kanak yang mempunyai masalah tidak boleh melakukan aktiviti menggolekkan bola tenis dalam bentuk zig zag, biasanya akan jadi lurus sahaja.


3. Lakukan aktiviti membaling bola tenis dari tangan kanan ke tangan kiri.


Mereka tidak boleh membaling, biasanya hanya akan membuat pergerakan membaling sahaja.


Boleh mula untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.


Jika 6 tahun ke bawah, gantikan bola tenis dengan bola besar. Dan tak perlu tepuk tangan. Cuma baling dan sambut sahaja.


4. Menggolek bola besar


Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, aktiviti menggolek bola sangat bagus untuk eye tracking skills, focus, hand eye coordination dan gross motor function.


Golek bola bersama ibu dan ayah. Main golek dan tangkap bola juga.


Untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas, aktiviti menggolek bola diaplikasi dalam permainan seperti bowling. Menggolek bola terus ke sasaran objek.


Aktiviti ini meningkatkan tumpuan visual dan daya fokus. Selain untuk perception dan coordination skills, ia amat baik untuk motor planning skills.


#AnakIstimewa #PendidikanKhas

#TerapiCarakerja #KemahiranManipulatif

#MotorSensori #MewarnaMenulisMengunting

#Kognitif #VisualPersepsi



Dapatkan buku-buku terapi untuk anak istimewa di link ini


https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku

https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku

https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku



TQ.

0 views

© 2019 Mahfuzah Zainol