Search
  • Mahfuzah Zainol

5 Fasa Perkembangan Menulis

Updated: Nov 20, 2019



Apabila anak berumur 1 setahun lebih ke 2 tahun lebih sudah boleh pegang pensel, dia akan buat apa?


Menconteng!!! Begitulah jawapan yang saya akan dapat. Hehe.


Namun realitinya dalam masyarakat kita, jika pegang pensel saja, mesti nak tulis huruf dan nombor. Mari kita ubah, menulis tidak semestinya berkaitan akademik.


Memegang pensel boleh menjana kemahiran visual persepsi, koordinasi motor dan kreativiti (as it stimulates left and right brain to function).


Memang sungguh, kemahiran memegang pensel sangat penting, sama penting seperti kemahiran bermain juga.


Jangan abaikan jika mereka masih tidak boleh memegang pensel dengan tahap umur mereka.

Bermain dengan pensel dan practice menconteng dari sekarang.


Terdapat 5 fasa kemahiran menulis yang boleh dipraktikkan mengikut peringkat umur.


Fasa 1 : Menconteng Umur 1-2 tahun Gunalah apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk menconteng. Krayon, pensel, kapur, batu, lidi dan sebagainya.


Fasa 2 : Menekap Umur 2-3 tahun Fasa ini boleh guna dot-to-dot atau garisan putus-putus.


Fasa 3 : Meniru Umur 3-4 tahun Ketika ini peranan ibu bapa untuk mengajar membuat gerakan bentuk untuk menulis dan melukis. Belajar melukis.


Fasa 4 : Menyalin Umur 4-5 tahun Boleh mula menyalin bentuk-bentuk yang dilihat, pada masa yang sama practising visual perceptual skills. Sangat baik.


Fasa 5 : Menulis melalui memori Umur 6 tahun ke atas Peringkat ini sudah boleh ajar menulis nama sendiri. Boleh 'pick' nama pendek dahulu ya. Nama penuh boleh belajar kemudian.




Ada teknik nak mengajar menulis melalui memori jika seseorang kanak-kanak tersebut ada low performance in memory.

Gunakan teknik forward and backward chaining.

Rasanya saya pernah share pasal teknik ini untuk menulis nama. 😄


Kesemua fasa kemahiran menulis ini saya telah praktikkan bersama klien dan anak sendiri juga. Sangat berkesan.


Dan harus diingat, menulis tidak seharusnya ada kertas. Boleh buat atas permukaan selain kertas juga!!


#AnakIstimewa #PendidikanKhas #Autisme

#TerapiCarakerja #KemahiranManipulatif

#MotorSensori #MewarnaMenulisMengunting

#Kognitif #VisualPersepsi



Dapatkan buku-buku terapi untuk anak istimewa di link ini


https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku

https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku

https://www.mahfuzahzainol.com/senaraibuku


TQ.

0 views

© 2019 Mahfuzah Zainol